Thursday 10 May 2012

TIDAK MAHU KAMU SEDIH

ASSALAMUALAIKUM..

(Coretan utk sahabat2 yg telah kecundang dgn cinta dunia)



Apa itu cinta??
Mungkin berbeza maknanya bagi setiap orang
Ada yang berkata, "cinta itu fitrah"
Ya, ia memang fitrah bg setiap manusia
Tapi bagaimana kita menggunakan fitrah itu??
Tanya pada diri sendiri..

Saudari,
perempuan sangat mahal
jika perempuan itu mahal,
seluruh anggotanya juga mahal
termasuklah hatinya.
ya, hati kita mahal..
jadi, logik kah jika kite memberikan
hati kita yg mahal ini kpada cinta yg murah??
Apa itu cinta yang murah??
cinta yang belum halal untuk kita
cinta yang senang untuk kita dapati
itulah cinta yg murah..

Ukhtiku,
Hati kita cuma ada satu 
Di mana kita nk letakkn cinta Allah dalam hati kita
jika kita sibuk mengejar cinta yang murah itu??
ketahuilah ukhtiku,
Allah adalah Pencinta yang terbaik
Dia tidak akan sekali-kali menghampakan kita.
Jadi, serahkanlah hatimu yang mahal itu,
kepada cinta yg mahal juga iaitu cinta Allah SWT

Saudari,
saya x mahu saudari terus bersedih,
bangunlah..sedarlah..fikirlah
kecundangnya cinta kamu ini
kerana Allah ingin merebut cinta kamu daripada si dia
Jadi, bersyukurlah kerana Allah sayangkan kamu
Allah inginkan cintamu
Jadi, cari lah cinta Allah..
Allah tidak akan mengecewakan kamu..



p/s : Berhentilah mengejar cinta yg belum pasti, tapi gapailah cinta illahi..pasti di situ ada ketenangan yang abadi :)

CINTA SEBELUM KAHWIN

ASSALAMUALAIKUM...

(Entry ini ditujukan khas untuk diri saya sendiri dan sahabat2 semua..)


BAHAYA CINTA SEBELUM KAHWIN

# Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu
# Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripada-Nya
# Hati akan terseksa dengan barah rindu
# Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan
# Cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat
# Aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta
# Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.
# Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku
# Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.

TIPS MENEPIS CINTA REMAJA

# Tegas dengan prinsip diri
# Meletakkan misi yang jelas dalam hidup
# Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh
# Mengekang hawa nafsu
# Mendekati majlis ilmu
# Menyibukkan diri dengan hobi dan minat yang berfaedah
# Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan.

Dipetik dari :


Sabda Rasulullah SAW,

"Wahai Ali, ada tiga perkara yang perlu disegerakan. Yang pertama, solat apabila telah masuk waktunya. Yang kedua, jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga anak dara apabila ada orang yang sekufu dengannya."

...

Saya nk tunjukkan satu filem pendek kat anda2 semua.. Hayati.. 
meleleh jugak la air mata mase tengok cerita ni .. hehe...

           

Ambil pengajaran dan muhasabah diri kite.. 
jadikan Allah dan Rasul sbagai cinta yg teratas dalam hati kita.
Tak perlu nk berharap pada manusia kerana kite pasti akan kecewa, tapi berharaplah pada Allah kerana Allah akan menitipkan kebahagiaan yg berpanjangan buat kite...


p/s : Awas! jangat mengorat.. kalau mahu, dapatkan segera dengan cara yang terhormat..
       -ust. Fatimah Syarha-

Thursday 3 May 2012

KOTAK EMAS & KOTAK HITAM YG BERLUBANG


Ada di tanganku dua buah kotak yang telah Allah berikan padaku untuk dijaga..

Allah berkata :
"Masukkan semua penderitaanmu ke dalam kotak yang berwarna hitam.
Dan masukkan semua kebahagiaanmu ke dalam kotak yang berwarna emas."

Aku melakukan apa yang Allah katakan.
Setiap kali mengalami kesedihan maka aku letakkan ia ke dalam kotak hitam.
Sebaliknya ketika bergembira maka aku letakkan kegembiraanku dalam kotak berwarna emas.

Tapi anehnya, semakin hari kotak berwarna emas semakin bertambah berat.
Sedangkan kotak berwarna hitam tetap saja ringan seperti semula.
Dengan penuh rasa penasaran dan curiga, aku membuka kotak berwarna hitam.

Kini aku tahu jawapannya.
Aku melihat ada lubang besar di dasar kotak berwarna hitam itu, sehingga semua penderitaan yang aku masukkan ke sana selalu jatuh keluar. Aku tunjukkan lubang itu pada Allah dan bertanya,
"Kemanakah perginya semua penderitaanku ?" 
Allah tersenyum hangat padaku.
"Hamba-Ku, semua penderitaanmu berada padaKu." 
Aku bertanya kembali, 
"Allah, mengapa Engkau memberikan dua buah kotak, kotak emas dan kotak hitam yang berlubang ?"
"HambaKu, kotak emas Kuberikan agar kau senantiasa menghitung rahmat yang Aku berikan padamu,
sedangkan kotak hitam Kuberikan agar kau melupakan penderitaanmu."
Ingat-ingatlah semua kebahagiaanmu agar kau senantiasa merasakan kebahagiaan.
Campakkan penderitaanmu agar kau melupakannya.

Saat Allah belum menjawab doamu,
Ia menambah kesabaranmu.....
Saat Allah menjawab doamu, Ia menambah imanmu....
Saat Allah menjawab yg bukan doamu,
Ia memilih yang terbaik untukmu.......



Firman Allah :
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka mengikut perintahKu dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran"
(Surah al-Baqarah : 186)


p/s : Sewaktu datangnya susah, telinga seakan-akan tuli, hati menjadi buta dan mata tak nampak apa-apa. Telinga seperti tidak pernah mendengar bahawa Allah sentiasa memujuk kita. Bersangka baik lah dengan Allah.. :)