Thursday 8 November 2012

SAHABAT SAMPAI SYURGA

Assalamualaikum...

Finally!!
Hati ni meronta-ronta suruh tulis blog.
Selama ni bukan x nk bersuara, sometimes sy rasa diam tu lagi bagus!
Tak semua benda kita boleh cerita kat orang.. even banyak sangat benda yg dah berlaku smpai sy rase macam nak kurung diri lama2 dlm bilik... stress la konon.. mengada-ngada je lebih..
Padan muka!
banyak sangat fikir hal dunia sebab tu la stress... huh! *Istighfar T.T
Tengok balik diri, intai balik niat.. Muhasabah..

Ok!
Smile!
Malas nk share cerita sedih sy.. org lain pun naik bosan da..huhuhu..
Lately ni mmg sy sedih.. tapi.. tapi..tapi.. sedih tu sekejap je.. hehe
Nak tahu kenapa??
sebab sy ada kawan2 yg tersangatlah kelakar... even bila sy tgah nangis, ttbe sy boleh tergelak dengan lawak diorang.. senang cerita, ke'lawak'kan diorang dah mengatasi kesedihan sy... wow! osem!

Best! rase mcm adik beradik...
mana tak nya, pegi kelas sama2, balik kelas sama2, pergi usrah sama2, study sama2...
Bila sy ade masalah, diorang cuba tenangkan sy..
Ya Allah, sayangnyee kat diorang... *lap air mata*


Lagi satu,
diorang bukan mcm adik beradik je, tp macam mak-mak...hehe
selalu tanya sy da makan ke belum..
kalau sy jawab belum, nnti mesti diorang marah...hehe.. serius, macam mak sy..
semalam,
tgah sibuk2 mem'busy'kn diri buat projek elektronik, ttbe alia masuk bilik sy,

Alia : Dayah da makan?
saya : belum lagi..
Alia : Kita ada kfc, nak x??
saya : eh, x pe la.. alia makan lah.. kita da kirim org makanan da.. 

lepas 10 minit, dy datang bilik sy lagi bawak kfc.. suruh sy makan.. hehe..


da la bg sy kfc, lepas tu tolong sy buat projek elektronik plak tu..hehe..
hasilnya, x menyala jugak.. its ok, bukan senang nk wat benda ni..
btw, thanks a lot alia..! sayang awak kerana Allah... <3
Saya sayang semua sahabat saya kerana Allah.. *tears*

rasa osemmm sangat bila kite bersahabat kerana Allah,
Bila saya salah, dia ingatkan.. bile dia salah saya ingatkan..
sebab apa?
sebab saya sayang dia kerana Allah..
saya nk berjiran dengan org yg saya sayang kat syurga nnti.. nak terus bersahabat smpai syurga!
Bantu kami, Ya Allah.. Kuatkan iman kami, Ya Allah.. T.T


"Aku selalu ingin sahabatku itu tahu yang aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku,
tidak lain kerana Allah
Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti yang aku perlu doa darinya,
agar tetap kakiku di jalan ini
Aku ingin sahabatku itu selalu faham aku punya banyak kelemahan yang terkadang melukai & membuatkan dia tidak  senang denganku
Wahai sahabat yang dirimu sentiasa dihati,
maafkan tiap khilafku
Mungkin tidak mampu untuk aku hilangkan parut luka hatimu,
tapi aku senantiasa berharap untuk menjadi sahabat yang setia di sisi dalam payah & senangmu
Kerana
PERSAHABATAN KITA TERTAUT DEMI CINTA ILAHI"


Sessungguhnya
Ajal & maut bukan penyebab putusnya ikatan sebuah persahabatan yang telah kau bina dengan penuh kasih & sayang
Jadikan doa yang tulus & ikhlas serta Al-Fatihah yang tidak putus-putus sebagai hadiah yang tiada tandingan sebagai tanda ingatan dalam persahabatan..

Cintailah sahabatmu hanya kerana Allah, kelak halawatul iman dapat kau nikmati..

sekian!