Monday 26 August 2013

BENARKAH KITA BERJUANG?

Bismillah...


Benarkah kita berjuang ?, 
kalau hanya mengisi borang dan mendaftar diri sebagai anggota jamaah Islam 
tetapi gagal untuk komited [ iltizam ] dengan segala aktiviti amal jamaei yang dianjurkan oleh jamaah. 
Kita hanya mampu mentarbiyah tetapi tidak boleh ditarbiyah. 
Mampu mengarah tetapi tidak boleh diarah. 
Mampu menegur tetapi tidak boleh ditegur .


Benarkah kita berjuang ?, 
dengan hanya semata-mata kerap menghadhiri ceramah-ceramah umum 
tetapi liat untuk hadir dan menekuni program-program khusus seperti usrah, liqa fikri, tamrin, mukhayyam dan pelbagai aktiviti spiritual seperti qiamulail, al mathurat dan zikrullah. 
Program ceramah dilihat lebih penting sebab kita dapat publisiti
sedang usrah ni hanya dihadhiri oleh 10 orang, 
tidak glamour langsung !


Benarkah kita berjuang ?, 
apabila kita selalu sahaja gagal melaksanakan amanah dan tanggungjawab 
yang telah digalaskan ke atas pundak kita sebagai pimpinan jamaah 
walau dimana peringkat posisi kepimpinan kita. 
Mesyuarat sering tidak hadhir dan kalau pun hadhir hanya dengan kepala kosong . 
Lebih malang, ada mesyuarat dalam mesyuarat dan ada mesyuarat selepas mesyuarat.


Benarkah kita berjuang?, 
wala' atau taat setia kita telah berbelah bahagi, bukan lagi kepada pimpinan jamaah 
tetapi di sana ada individu berpengaruh dan ia berada di luar jamaah yang sangat kita kagum karektornya. Sedang pimpinan kita sendiri dilihat kolot dan tidak hebat. 
Kita tidak berdiri teguh di belakang pimpinan kita 
sebaliknya kita teguh berdiri dan menyokong pemimpin dari luar jamaah kita sendiri.


Benarkah kita berjuang?, 
ibadah kita kurang. Hubungan kita dengan Allah swt jauh. 
Gagal solat berjamaah dan membaca al quran pada kekerapan yang lebih berbanding orang awam. Kehalusan budi dan ketulusan hati tidak kita miliki. 
Ucapan kita menampakkan kesombongan dan tindakan kita tidak berhemah. 
Suka pandang rendah pada orang lain jauh sekali mahu menghormati mereka.


Ya Allah ! benarkah kita ni berjuang? 
atau kita selama ini hanya bermain dan menambah beban dosa dalam perjuangan buat diri kita sendiri.

T_T

Sahabat ku semua, marilah kita bermuhasabah agar kita dekat dengan Allah swt dan kita segera diberikan nusrahNya. InsyaAllah, muhasabah ini akan memulihkan hubungan kita yang retak, perjuangan kita yang tergugat, dan kedudukan kita yang kian jauh dari Allah swt.

Selamat berjuang sahabat ku !

YB Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
MP PAS Temerloh
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia

p/s : Usah bicara tentang perjuangan jika diri tidak sanggup lakukan pengorbanan.