Monday, 21 September 2015

BILA GILIRAN SAYA??

Assalamualaikum

Aku belum dapat kerja lagi sobsob :( Rasa stress jugak aaa. Sebenarnya, aku x kesah pun duduk rumah lelama tapi yang buat aku stress sebab ramai kawan kawan aku dah dapat kerja. Yg dah dapat gaji dua kali pun ada. Pastu yang buat aku lagi kuat nak cecepat dapat kerja sebab segan hari hari makan free kat rumah. Sepatutnya umur macam aku ni dah kena bagi duit tiap tiap bulan kat mak bapak. Tapi apakan dayaaa... sobsob lagi :( :(

Aku graduated dalam bidang kejuruteraan bioperubatan. Peluang pekerjaan dalam bidang ni pun belum meluas lagi kat melesia ni. Tapi company2 yang supply barang medical kat hospital2 agak melambak. Tapi, kalau nak keje kat company2 ni, cuma ada 2 position je yang layak disandang oleh kami2 ni iaitu service engineer dengan sales engineer. Most of the company, diorang memerlukan orang yg ada kenderaan dan willing to travel untuk dua2 position ni. Untuk service engineer, kene travel ke hospital2 sebab medical equipment kat sepital tu perlu diservis dan diorang ni lahh org2 yg dipertanggungjawabkan untuk sevis barang2 yg company diorang supply. Aku rasa aku okay dengan position service engineer ni sebab aku ade lesen and ada kenderaan tapi kerja macam ni pada aku tak sesuai sangat untuk perempuan and mak bapak aku pun x galakkan. Its okay. Tapi kalau ade rezeki dapat interview aku nak try jugak aaa sebab aku sukaaa position ni. hikhik



Untuk jawatan sales engineer ni pulak pun kena travel ke hospital2 jugak tapi diorang ni kena promote barang yg company diorang supply. Segala mak nenek pasal equipment diorang kena tahu. Opkos keje mcm ni memang kena pandai bercakap, pandai yakin kan orang and kadang2 tu kena pandai membodek juga.. haha. Aku sedar diri dan aku rasa position ni memang aku cannot go. Sebab aku x pandai nak explain kat orang, explain kat blog bole lerrr..huhu. Disebabkan satu hari tu aku rasa stress yang teramat sgt sebab x dapat2 keje lagi dan aku bertekad untuk mohon je semua position termasuk sales engineer. Lepas 5 jam aku hantar resume, ada company panggil interview untuk position sales engineer. Maka aku pun ber huhu seketika dan aku tak pergi interview tu.

Tunggu je la rezeki tu dengan doa dan usaha. Sekarang ni banyak jugak aaaa aku daftar akaun2 for the sake of masa depan aku contohnya jobstreet, jobsmalaysia, monster, baitulmuslim ehh..taktak..
Kekadang rasa cam nak keje lain bidang. kekadang rasa nk berniaga.. huhu.. Kena percaya, perancangan Allah tu indah, takde yang sia2. Mungkin nnti aku dapat better offer kot2 terus dapat keje gomen. hikhik.. Entah2 sambung master.. fuhhh..


Ok, bye!


Friday, 14 March 2014

AKU TAK MAHU CEMERLANG JIKA...





"Nurul Atiqah"

"Siti Aisyah"

Satu-persatu nama dipanggil. Sekali imbas ainul melihat markah yang tertera pada kertas rakannya.

41/50. "Subhanallah, bijak!"

49/50. "Hebat!"

Tangan Ainul semakin menggigil. Berpeluh. Takut lain macam. Mana tidaknya, usrah bersama adik-adik terpaksa dia tangguhkan kerana ingin membuat persediaan. Meeting dengan ahli persatuan terpaksa dia 'skip' untuk belajar 'killer subject' ni

"Nur Ainul"

Kakinya berat hendak melangkah ke hadapan. Terus melihat markah pada kertasnya.

27/50. "Aku dah agak". hatinya berkata-kata.

Air mata seperti ingin jatuh dari takungan. Cepat-cepat Ainul kesat sebelum rakannya nampak.
Ini bukan kali pertama Ainul dapat markah sebegitu. Dah berkali-kali. Cuma kali ini dia rasa sedih yang teramat sangat.

"Dan syaitan akan sentiasa menakut-nakutkan kamu dan membayangkan kegagalan yang sangat mengecutkan perut kamu.
Sehingga kamu lebih yakin pada usahamu berbanding rahmat Allah dan pertolongan dari Allah.
Sehingga kamu tidak yakin ketentuan yang Allah telah berikan dan tetapkan pada kamu.
Sehingga kamu merasai dunia kelam dan hancur hanya kerana kamu gagal menjawab 
pada sebuah kertas peperiksaan.
Sehingga kamu tidak menyedari, kamu takut akan sesuatu perkara yang telah Allah telah tetapkan buat kamu, dan seharusnya tidak perlu kamu takuti."

Kata-kata ini terngiang-ngiang dalam fikirannya. 

"Ya Allah, mudahnya air mata ku jatuh hanya kerana markah peperiksaan ku tak sebagus orang lain"

"Pernahkah sebelum ini aku menangis jika aku mengabaikanmu?"

"Pernahkah sebelum  ini air mata ku jatuh kerana amalanku yang sedikit?"

"Pernahkah sebelum ini aku menangis mengenangkan dosa-dosa lepas?"

"Mudahnya air mataku tumpah kerana dunia. Allahurabbi"


"Ya Allah, jika cemerlangnya aku dalam pelajaran menjadi asbab aku jauh dariMu, jangan sesekali kau berikan kecemerlangan itu."


Jika aku diberi satu pilihan, sama ada ingin cemerlang di dunia atau di syurga? Sudah tentu aku ingin cemerlang di syurga.

Kerana kehidupan di dunia ini, ia tidaklah panjang, menjadikan diri hanya ibarat pengembara yang sedang menyeberangi jalan sahaja..

Di akhirat jualah kehidupan yang abadi..


Friday, 7 March 2014

Syurga = Impian

Bismillah




Ayuh!
Tingkatkan momentum iman kita.
Peningkatan yang infiniti jika bisa
kerana aku mahu kita berjiran di syurga



Semoga solehah hingga dipanggil Tuhan.