Wednesday, 12 February 2014

RASA BERTUHAN



Kau memberi dan terus memberi
Aku??
Memintaaa terus menerus.

Lalu apa yang aku beri kepadaMu?
Esok belum tentu lagi aku bisa ketemu jawapannya 

Saat aku mendekatiMu selangkah,
Kau tak ragu untuk berlari kepadaKu.
Walaupun aku ini hamba.
Bukan hamba biasa.
Tapi hamba yang kotor dengan lumpur dosa.
Hamba yang tak sedar diri
Dosa nya banyak
Taubatnya selalu lelah.
dan Kau terima aku tanpa helah.

Nikmatnya rasa bertuhan.
Selagi aku punya Kamu,
aku punyai segalanya.
Kekuatanku terbina daripada ujianMu
Kesyukuranku lahir daripada nikmatMu yang infiniti
Hindarkan daripada ku bolak-baliknya hati
Kerana aku ingin bercinta denganMu sepenuh hati
sampai mati

Ibaratkan saja diri ini seperti mawar.
Ia tidak akan layu,
selagimana ianya tidak patah dari tangkainya.
Begitu juga aku.
Tidak akan lemah,
jika aku tidak menjauh dari Tuhan.

Aku ingin jadi kuat, 
demi Allah yang maha kuat

Thursday, 10 October 2013

SERBA TAK KENA :(

12.54 AM

Malam da makin larut,
mata da makin panda,
tapi x nak tido.
tak ke mengada-ngada namanye tu?

Nak buat long report Amplitude Modulation,
tapi idea x sampai.
jangan sampai aku buat plagiarism!
long report senior da ade kt sebelah ni... *angkat2 kening*
tetiba ingat mak bapak kat rumah. Tak jadi nk plagiat.
chill la jap, long report tu ade lagi seminggu due datenye,
dan aku pasti, sehari before nak submit baru lah idea mencurah2 ke ladang gandum.
Dah biasa.

Scroll TL twitter,
mcm2 hal.. ade yg luah perasaan, mengadu lapar, masalah cinta.
boring! malas nk amik tahu.
Bukak FB,
tengok status orang, stalk orang, click news feed, news feed lagi dan lagi. smpai nk termuntah!
memang kurang kerja betul aku ni!

Futur!

" MASA LAPANG ADALAH PERMULAAN FUTUR SEORANG DAI'E"

*Huruf besar baq hang!*

Sentap! Terasa!
Cerita nye sekarang, memang patut sambung baca al-kahfi, al-mulk then tido!

adios!

coppp... sabtu ni aku balik rumah, cuti panjang.. dugaan "per'manfaat'an masa" pun hebat!
semoga berjaya lahh ye!

oktengsbai!

Monday, 26 August 2013

BENARKAH KITA BERJUANG?

Bismillah...


Benarkah kita berjuang ?, 
kalau hanya mengisi borang dan mendaftar diri sebagai anggota jamaah Islam 
tetapi gagal untuk komited [ iltizam ] dengan segala aktiviti amal jamaei yang dianjurkan oleh jamaah. 
Kita hanya mampu mentarbiyah tetapi tidak boleh ditarbiyah. 
Mampu mengarah tetapi tidak boleh diarah. 
Mampu menegur tetapi tidak boleh ditegur .


Benarkah kita berjuang ?, 
dengan hanya semata-mata kerap menghadhiri ceramah-ceramah umum 
tetapi liat untuk hadir dan menekuni program-program khusus seperti usrah, liqa fikri, tamrin, mukhayyam dan pelbagai aktiviti spiritual seperti qiamulail, al mathurat dan zikrullah. 
Program ceramah dilihat lebih penting sebab kita dapat publisiti
sedang usrah ni hanya dihadhiri oleh 10 orang, 
tidak glamour langsung !


Benarkah kita berjuang ?, 
apabila kita selalu sahaja gagal melaksanakan amanah dan tanggungjawab 
yang telah digalaskan ke atas pundak kita sebagai pimpinan jamaah 
walau dimana peringkat posisi kepimpinan kita. 
Mesyuarat sering tidak hadhir dan kalau pun hadhir hanya dengan kepala kosong . 
Lebih malang, ada mesyuarat dalam mesyuarat dan ada mesyuarat selepas mesyuarat.


Benarkah kita berjuang?, 
wala' atau taat setia kita telah berbelah bahagi, bukan lagi kepada pimpinan jamaah 
tetapi di sana ada individu berpengaruh dan ia berada di luar jamaah yang sangat kita kagum karektornya. Sedang pimpinan kita sendiri dilihat kolot dan tidak hebat. 
Kita tidak berdiri teguh di belakang pimpinan kita 
sebaliknya kita teguh berdiri dan menyokong pemimpin dari luar jamaah kita sendiri.


Benarkah kita berjuang?, 
ibadah kita kurang. Hubungan kita dengan Allah swt jauh. 
Gagal solat berjamaah dan membaca al quran pada kekerapan yang lebih berbanding orang awam. Kehalusan budi dan ketulusan hati tidak kita miliki. 
Ucapan kita menampakkan kesombongan dan tindakan kita tidak berhemah. 
Suka pandang rendah pada orang lain jauh sekali mahu menghormati mereka.


Ya Allah ! benarkah kita ni berjuang? 
atau kita selama ini hanya bermain dan menambah beban dosa dalam perjuangan buat diri kita sendiri.

T_T

Sahabat ku semua, marilah kita bermuhasabah agar kita dekat dengan Allah swt dan kita segera diberikan nusrahNya. InsyaAllah, muhasabah ini akan memulihkan hubungan kita yang retak, perjuangan kita yang tergugat, dan kedudukan kita yang kian jauh dari Allah swt.

Selamat berjuang sahabat ku !

YB Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
MP PAS Temerloh
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia

p/s : Usah bicara tentang perjuangan jika diri tidak sanggup lakukan pengorbanan.