Friday 10 August 2012

PALESTIN,.. FIGHTING!!!

Anda datang dari Malaysia?

Ya, saya dari Malaysia.

Malaysia Negara Islam?

Ya, Malaysia Negara Islam.

Mengapa kamu datang ke sini?

Saya datang untuk melihat keadaan di sini dan untuk beritahu keadaan di sini kepada orang Malaysia agar kami dapat membantu kalian.

Kalau kamu hanya datang nak tengok kami di sini, lebih baik kamu pulang sahaja ke Malaysia. Tiada gunanya kamu datang ke sini untuk itu. Sudah berapa ramai orang datang sahaja ke sini, ambil gambar dan akhirnya pulang tanpa memberi apa-apa sumbangan kepada kami. Kami umpama muzium untuk kamu semua datang, ambil gambar dan bawa pulang ke tempat kamu. Lebih baik kamu pulang ke Malaysia dan beritahu kepada kerajaan kamu agar datang ke sini dengan bala tentera yang kamu ada dan tembak terus kami semua rakyat Palestin yang ada di bumi anbiya’ ini agar terus syahid dan tak perlu lagi kamu bersusah payah untuk cerita dan peningkan kepala memikirkan hal kami di sini.

(Perbualan antara seorang rkyat Malaysia dan pemuda Palestin)

T_T


Tengah2 bulan puasa ni, semua orang sibuk beribadah, nak tambahkan amal, berusaha cari malam lailatul qadar, buat persiapan raya, beli macam2 untuk raya... seronok!
Dalam keseronokan tu tetibe teringat saudara kita kat Palestin. Tetibe rasa hiba sangat.. :'(
terpikir-pikir..

"Macam mana keadaan mereka kat sane??"

"Apa yg mereka makan untuk berbuka dan sahur??"

"Tentera2 Yahudi ganggu mereka beribadah x??"

"Macam mana persiapan raya mereka??"

(T_T)

so, ape peranan saya, awak, awak, dan awak??
tumpang sedih je ke??
"emm, saya nak bantu tp sy x mampu nak bantu mereka.."
Kat sini sy nak buat correction sikit, kalau nak bantu mereka bukan lah dgn cara menderma je.. ikut kemampuan kita.. x kesah la bentuk bantuan ape pun.. asalkan kite ikhlas nak membantu..

cuba hayati kisah ni, kisah bagaimana Nabi Ibrahim a.s. dibakar oleh Raja Namrud dengan api besar. Melihat api besar itu, seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yg kecil lalu dititiskannya ke atas nyalaan api besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yg lebih besar.

"Apa gunanya air yg setitis itu?" Burung besar menyindir.
"Untuk memadamkan api yg membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim," jawab burung kecil.
"Ha..ha.. usaha yg sia2! Adakah api yg sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?" ejek burung besar lagi

Nak tahu x apa jawapan burung kecil tu??

"Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu.."

secara ringkasnya, kite kena la bertindak macam burung kecil tu utk hentikan kekejaman Yahudi.. siramlah walau "setitis air" untuk "memadamkan" keganasannya. At least, "setitis air" tu boleh jadi bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib mereka bila kita berhadapan dgn Allah nnti :D


lagi satu, ramai org ckp salah satu cara nak bantu rakyat Palestin dengan memboikot barangan Yahudi.
Kalau nak senaraikan barang Yahudi kat negara ni smpai esok pun x habis.. sebab banyak sangat!
Pada saya, memang susah kalau kita nak boikot barangan Yahudi. Sebab ekonomi dunia sekarang Yahudi yg pegang. Kebanyakan barang yg kita guna seharian dan syarikat2 yg maju semua daripada Yahudi

Sebenarnya kn, ramai yg terlepas pandang.. "produk" Yahudi yg memang perlu diboikot adalah budaya HEDONISME (hiburan yg melampau). Hampir semua budaya hedonisme kat negara kita ni ditaja oleh Yahudi. Ramai yg x sedar, hedonisme ni sebenarnye lebih dahsyat daripada sebotol minuman dan sepotong ayam goreng (eg : coca cola dan mcd) . Contohnya, filem, lagu, fesyen, muzik yg bertentangan dengan syariat sangat dekat dengan kehidupan umat Islam sekarang. Sedar x sedar, kita lah sebenarnya pengguna terbesar produk hedonisme Yahudi.. T_T

Sebenarnya, kita dengan Palestin sma2 di jajah oleh Yahudi. Tapi, bezanya, Palestin dijajah secara fizikal tapi kita dijajah secara mental. Sebab tu ramai yg x sedar. Tapi kn, Palestin berjuang habis-habisan nak tegakkan Islam smpai ada yg gugur syahid.. Tapi kita??? Hanyut smpai lupa apa tanggungjawab kita pada islam.. Allahurabbi :'(
*muhasabah
Pada saya x guna kalau kita sibuk duk boikot barangan2 Yahudi tapi fikiran masih dijajah dengan ideologi mereka yang akan menjatuhkan diri kita sendiri.. Fikirkanlah!
Yahudi bukan je meraih keuntungan komersial tapi lagi parah, mereka berjaya meruntuhkan semangat jihad remaja Islam menerusi produk2 hedonisme itu.. *geram,, grrr!!!

Hidup ikut syariat Islam, jadi wanita dan lelaki acuan Al-Quran, jaga akidah, jaga akhlak, hidup cara Islam.. Itulah kaedah terbaik melawan Yahudi.






Ayah, kata mereka kau penjahat!
Padahal sebenarnya engkau bukan pejahat!
Ayah!!….mengapa ,merela jauhkan aku darimu,
Mereka menangkapmu tanpa memberi kesempatan untuk menciumku walaupun sekali,
Atau mengusap air mata ibu,
Ibu!!!!.... aku melihat air mata dikelopak matamu setiap pagi,
Apakah Palestin tidak berhak diberi pengorbanan?
Setiap hari aku bertanya kepada matahari
Ibu, apakah ayah akan kembali suatu hati
Atau dia akan pergi selamanya sampai hari kiamat
Atau dia akan mengusap air mata ibu yang akan terus menitis setiap hari..??
Wahai ayah, di manakah engkau?

Oooohh, bayi-bayi yang dijajah,
Kini telah datang hari raya baru setelah hari raya tahun lalu,
Dan bayi baru pun terlahir sesudah bayi yang itu,
Dan para syuhada berguguran setelah gugurnya Syahid yang lalu,
Sedang ayah masih disembunyikan di sebalik jeriji besi,
Dalam sel mengerikan yang tidak layak dihuni oleh manusia,
Mana hari kemenangan dan kehancuran penjara-penjara besi itu…???
Malulah kalian….
Malulah kalian…..
Malulah kalian…
Aku ingin ayah pulang,
Aku ingin ayah pulang..

(luahan seorang kanak2 perempuan palestin)

“YA Allah!,,perkuatkanlah saudara2 kami yg sedang dipatah- patahkan tulang-temulang mereka, kasihanilah saudara2 kami yg lemah ditindas dan bantulah hamba2mu yg beriman. Ya Allah, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung2 ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepadaMu Ya Allah, turunkanlah bantuanMu kali ini kepada org2 Islam Palestin, hancurkan rejim zionis sedahsyat-dahsyatnya... Amin!!"

p/s : ingat ye.. jangan disebabkan kita berada di 'comfort zone' rakyat palestin kita abaikan. Ramai yg x sedar, kebanyakan mereka lah yg akan menghuni syurga, bukan kita. Jadi, jom kita ambil peduli... =D

PALESTIN,, FIGHTING!!!


Saturday 4 August 2012

KAHWIN... SUDAH BERSEDIA???

Bismillah

Huh, neves smpai menggigil jari nak tekan keyboard ni. Kali ni topik yg agak sensitip..hehe..
Sebenarnya, ni first time saya nak cakap pasal kahwin, tu yg neves lain macam sebb saya x de pengalaman mendirikan rumahtangga pun tp saya cuba nak share pengetahuan saya pasal ni.. insyaAllah :)

Ape tu kahwin?? hehe..rasenye x payah kot nak terangkan kahwin tu ape, semua orang mesti tahu punyelah!  Kalau kite tengok situasi sekarang, ramai pasangan remaja yang masih muda dah mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah, bagus.. memang saya puji mereka2 tu. Menangis guling2 syaitan tengok diorang.
Kita tengok pun sweeeeett je diorang tu.
Bagus2.. saya sokong kahwin muda! (^^,)V
TAPI...
Sebelum nak kahwin tu kena la muhasabah diri dulu.
Jangan bagi alasan nak kahwin awal sebb nak elak zina je tapi persediaan ZERO!
especially, lelaki.
semua orang tahu kn tanggungjawab lps kahwin sangat berat. Suami kena didik isteri, dosa isteri suami tanggung, suami kena bagi nafkah kat isteri, makan pakai anak2 lagi. Cuba bayangkan kalau persediaan ke arah tu x de?? Macam mana nak dirikan baitul muslim yg sebenar?? Apa suami nak jawab kat akhirat nanti??


Kalau kite tengok gambar yg kat atas tu, dy dah bagi tips da mcm mana nak melangkah ke arah baitul muslim.
Sebelum nak bina baitul muslim, kena la jadi individu muslim dulu.
Muslim bukan hanya pada nama je taw, tapi muslim kat dalam hati. Pastikan 10 muwasafat tarbiyah tu ada pada diri kita barulah cantik! hehe.

Kata Imam Hassan al-Banna, "Mula-mula kita inginkan individu muslim (yang benar2 Islam) pada pemikiran dan akidahnya, pada akhlak dan perasaannya, pada pekerjaan dan urusannya. Maka, inilah yang dimaksudkan dengan pembentukan diri secara individu. Kemudian, kita inginkan rumah tangga Muslim (yang benar2 Islam) pada pemikiran dan akidahnya, pada akhlak dan perasaannya, pada pekerjaan dan urusannya"

Cuba bayangkan apa akan jadi kalau tangga individu muslim tu kite skip. Contohnya,
bila kita nak naik tangga, da lambat ni. Tangga pulak tinggi macam ape. Apa lagi, kita pun langkah la tangga tu smpai double..triple pun ada. bahaya tu! senang sangat nak jatuh..


Sama jugak mcm kes maratib amal ni.
bila kita x de ciri2 individu muslim, ttibe je nak bina baitul muslim.. fuh, tu lagi bahaya!
Diri sendiri kita x didik untuk jadi individu muslim, macam mana kita nak didik anak2 nnti?? agak2 senang x nak 'tersungkur'?? pikir jap!
saya cakap ni bukan untuk lelaki je taw.. perempuan pun sama.. take note!


Ok, let's see muwasafat tarbiyah tu da ada dlm diri kita..da mantap da..insyaAllah
da bleh la nak kawin, keluarga pun da setuju..
TAPI...STUDY macam mana??
ok, yg ni pun satu hal jugak.. salah satu dilema yg dihadapi oleh pelajar u.. keinginan diorang nak kahwin tu membuak-buak. Katanya jeles tgk gmbar kahwin org lain.. sweet2 sumenye..  ni situasi kat u saya la..hehe.. *kadang2 sy la tu orgnya
Jangan tengok pd ke'sweet'an masa akad je.. tp bayangkan tanggungjawab lpas akad tu.. da bersedia ke belum nak pikul. Assignment, exam, report, pastu nk pikir rumahtangga. Tanya kat diri sendiri, ikut fatwa hati.. dah ready ke belum nk hadapi semua tu.. kalau dah betul2 yakin yg kite bleh hadapi semua tu, tunggu ape lagi... kahwin je la..hehe..


ape2 pun depends kat tiap2 individu.. kalau rase kahwin tu macam bleh jejaskan pelajaran, tangguh dulu..
Ada tugas menuntut ilmu yang perlu disambar, ada desakan nafsu yg perlu disabar..
 fokus dulu dlm pelajaran, bile da cpai cita2, nak kahwin.. dipersilakan.. hehe
Tapi make sure, sepanjang tempoh perkenalan tu, jaga batas pergaulan, kalau boleh elakkan daripada berjumpa.. tak semestinya org yg kita cintai sekarang akan menjadi pasangan hidup kita.
INGAT!
Hadiahkan cinta suci pada pasangan yg dinikahi dengan Allah sebagai juri bukan nilaian nafsu sendiri


Bile cakap pasal pasangan, semua orang nak pasangan yg soleh/solehah kn..
sebb ape??
sebab kita nak kan yg terbaik untuk keluarga kita.
Tapi.. laaagii bagus kalau kita jadi soleh/solehah dulu sbelum nak cari pasangan yg soleh/solehah.
Jangan hanya mencari tetapi menjadilah.

Banyak lelaki bertanya.... 
masih adakah wanita solehah di zaman ini....?
Banyak wanita bertanya.... 
masih adakah lelaki soleh di era ini....?
Kenapa tidak bertanya... 
sudahkah diri ini berusaha menjadi soleh dan solehah?
Krna jika kita sudah berusaha menjadi soleh dan solehah, 
maka kita akan yakin yg soleh dan solehah itu masih wujud. 
Dan akan menjadi masih banyak lelaki soleh dan wanita 
solehah jika setiap dari kita terhitung menjadi salah satunya..

Firman Allah :

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” 
(an-Nur : 26)

“Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, 
tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji 
Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik 
bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi 
di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”

MARRIAGE IS NOT ABOUT LOVE, IT'S ABOUT MAKING UMMAH

pssst : kepada sesiapa yg da betul2 sedia nak kahwin tp calon pulak x de..jgn risau.. jodoh itu ada. Kalau bukan sekarang, mungkin tahun depan. Kalau bukan tahun depan, mungkin 5 tahun lg. Kalau bukan 5 tahun lg, mungkin 20 tahun lg. Jika bukan di dunia, mungkin di syurga. Tiada apa perlu dirisaukan..

sekian!