Saturday 8 December 2012

PANDANGAN MANUSIA SEMATA

Assalamualaikum :)



Penat!
"Penat sangat nk puaskan hati semua orang.
itu salah, ini salah..
sakit hati..! :(
hanya tahu mencari salah,
langsung x hargai kebaikan yg dah dibuat.."

***
ehem...

Penghargaan manusia bukan syarat wajib utk dpt pahala!
Jangan terlalu mengharap penghargaan sementara 
manusia... bila2 boleh berubah..
begitu juga kata2 mereka, apatah lagi pujian dari mereka..
Tak telus!
asal nmpak baik, nmpak cantik di mata mereka,
pujian melambung.
tanpa periksa kelakuan dia Allah redha atau x.

Untuk apa mengharap penghargaan daripada si pelaku dosa.
manusia tiada yg sempurna.
yang Maha Sempurna hanya Dia.
manusia x suka x pe, asal Allah suka..
di situlah terletaknya apa yg namanya 'Redha'
Bukan redha manusia, tapi redha Allah..
Boleh jadi apa yang dipandang kecil dimata manusia itu sangat besar nilainya disisi Allah

"Biar orang pandang kita SALAH walaupun kita di dalam KEBENARAN.. 
Jangan pula orang pandang kita BENAR sedangkan diri kita di dalam KESESATAN"

Kadang2, benda yang kita buat tu benda baik. Tapi orang salah tafsirkan, terus benda baik tu jadi masalah. Tapi x pe, Allah tahu niat kita.
Jangan ber'tuhan'kan orang dan jangan ber'orang'kan Tuhan..
apa2 yang kita buat, jangan abaikan Allah.
Muhasabah diri,
Kita dipandang mulia oleh manusia, sebab Allah dah tutup aib2 kita yang dah berbakul-bakul tu.
Jangan sombong dengan Allah...

kalau kita nak kekal dalam melakukan amal soleh, amal tu mestilah dilakukan semata - mata kerana yang Maha Kekal, bila kita lakukan sesuatu hanya kerana sesuatu yang sementara, memang akan jadi sementara sahajalah amal kita tu dan yang paling rugi bila kita lakukan amal bukan kerana Allah, semuanya hanya sia-sia, semunya kosong, kosong, kosong..~~ :(

fizikal kita mungkin nampak kuat, tapi yang dalam hati ni? selalu jadi rapuh sangat. tapi, Imam As-Syafiie ada kata, 

"kelemahan adalah sifat manusia yang paling jelas. Barang siapa yang selalu menyedari sifat ini, ia akan memperoleh istiqamah bersama Allah SWT."


Sebenarnya, bukan mata yang buta sehingga kita tak kenal yang hak atau batil .Tetapi hati telah buta . Hingga gelap penglihatan iman kita. :(


semoga Allah permudahkan jalan ini (:

Thursday 8 November 2012

SAHABAT SAMPAI SYURGA

Assalamualaikum...

Finally!!
Hati ni meronta-ronta suruh tulis blog.
Selama ni bukan x nk bersuara, sometimes sy rasa diam tu lagi bagus!
Tak semua benda kita boleh cerita kat orang.. even banyak sangat benda yg dah berlaku smpai sy rase macam nak kurung diri lama2 dlm bilik... stress la konon.. mengada-ngada je lebih..
Padan muka!
banyak sangat fikir hal dunia sebab tu la stress... huh! *Istighfar T.T
Tengok balik diri, intai balik niat.. Muhasabah..

Ok!
Smile!
Malas nk share cerita sedih sy.. org lain pun naik bosan da..huhuhu..
Lately ni mmg sy sedih.. tapi.. tapi..tapi.. sedih tu sekejap je.. hehe
Nak tahu kenapa??
sebab sy ada kawan2 yg tersangatlah kelakar... even bila sy tgah nangis, ttbe sy boleh tergelak dengan lawak diorang.. senang cerita, ke'lawak'kan diorang dah mengatasi kesedihan sy... wow! osem!

Best! rase mcm adik beradik...
mana tak nya, pegi kelas sama2, balik kelas sama2, pergi usrah sama2, study sama2...
Bila sy ade masalah, diorang cuba tenangkan sy..
Ya Allah, sayangnyee kat diorang... *lap air mata*


Lagi satu,
diorang bukan mcm adik beradik je, tp macam mak-mak...hehe
selalu tanya sy da makan ke belum..
kalau sy jawab belum, nnti mesti diorang marah...hehe.. serius, macam mak sy..
semalam,
tgah sibuk2 mem'busy'kn diri buat projek elektronik, ttbe alia masuk bilik sy,

Alia : Dayah da makan?
saya : belum lagi..
Alia : Kita ada kfc, nak x??
saya : eh, x pe la.. alia makan lah.. kita da kirim org makanan da.. 

lepas 10 minit, dy datang bilik sy lagi bawak kfc.. suruh sy makan.. hehe..


da la bg sy kfc, lepas tu tolong sy buat projek elektronik plak tu..hehe..
hasilnya, x menyala jugak.. its ok, bukan senang nk wat benda ni..
btw, thanks a lot alia..! sayang awak kerana Allah... <3
Saya sayang semua sahabat saya kerana Allah.. *tears*

rasa osemmm sangat bila kite bersahabat kerana Allah,
Bila saya salah, dia ingatkan.. bile dia salah saya ingatkan..
sebab apa?
sebab saya sayang dia kerana Allah..
saya nk berjiran dengan org yg saya sayang kat syurga nnti.. nak terus bersahabat smpai syurga!
Bantu kami, Ya Allah.. Kuatkan iman kami, Ya Allah.. T.T


"Aku selalu ingin sahabatku itu tahu yang aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku,
tidak lain kerana Allah
Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti yang aku perlu doa darinya,
agar tetap kakiku di jalan ini
Aku ingin sahabatku itu selalu faham aku punya banyak kelemahan yang terkadang melukai & membuatkan dia tidak  senang denganku
Wahai sahabat yang dirimu sentiasa dihati,
maafkan tiap khilafku
Mungkin tidak mampu untuk aku hilangkan parut luka hatimu,
tapi aku senantiasa berharap untuk menjadi sahabat yang setia di sisi dalam payah & senangmu
Kerana
PERSAHABATAN KITA TERTAUT DEMI CINTA ILAHI"


Sessungguhnya
Ajal & maut bukan penyebab putusnya ikatan sebuah persahabatan yang telah kau bina dengan penuh kasih & sayang
Jadikan doa yang tulus & ikhlas serta Al-Fatihah yang tidak putus-putus sebagai hadiah yang tiada tandingan sebagai tanda ingatan dalam persahabatan..

Cintailah sahabatmu hanya kerana Allah, kelak halawatul iman dapat kau nikmati..

sekian!

Tuesday 9 October 2012

TERAMAT 'DOWN' :(


rase x kuat... mcm2 masalah dtg.. terus mengadu kat mak.. mak terus risau smpai nak dtg u...

"mak x yah susah2 dtg sini... nurul ok.. nurul bleh pegi sendiri :( "
respon sy lpas mak call ckp nk dtg... lpas letak phone, air mata ni berjurai-jurai jatuh... Allahu.. Allah... :(

Semoga Allah beri saya kekuatan.... 
*cuba tersenyum dlm kesakitan*

sekian!

Tuesday 25 September 2012

APABILA SAYA BERPOLITIK

Assalamualaikum...

Da lama x tulis blog
smpai da berhabuk, bersawang, siap ade sarang labah2 plak tu...huhu
Bukan x nk menulis, tp kesuntukan masa.. lagi pun, ade ke yg nak bace blog ni..hehe
Bile tengok balik last entry, oohh, da sebulan rupenye saya x update... ni semua gara2 ke'busy'an telah melanda saya dengan amat dahsyat sekali. Mula2, saya terlibat dengan Minggu Transformasi Mahasiswa atau dgn bahasa ringkasnye "orientasi utk student baru". *erk, ringkas ke?
 Saya bertugas sbgai krew. Sebelum bertugas, kitorang kne pergi kursus induksi seminggu lepas tu terus orientasi lg seminggu. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun penat x terkataaaaa....!

Habis orientasi hari sabtu, hari Isnin terus ada kelas.. seronok! erk?
Rasa macam boleh bernafas sikit...
Tibe2.... ade sorang kakak ni, namanye kak thirah... dia cadangkan nama saya utk jd calon MPP (Majlis Perwakilan Pelajar)
Mule2 dpat tau, rase mcm nk terduduk lpas tu tampar2 pipi... betul ke ni??
Rase mcm nk tolak, tapi bile nasihat dtg bertalu2, terus tukar keputusan... hebat betul kuasa nasihat ni kn...
ok, sy terima tawaran tu! :D
Bile da terima tu, kami2 yg terpilih ni kene pegi kem. Dalam kem tu baru sy tahu situasi sebenar Pilihan Raya Kampus (PRK).. Saya hampir nak tarik diri sbb sy takut x boleh nak redah bnda2 tu semua, sy rasa stress sgt.. hari2 tanye kat diri sendiri, "boleh ke aku??"
Time tu jugak, kawan2 dtg bg support, semangat, nasihat...mcm2..
lepas tu, da ok sikit.. cuba teruskan n x nk give up..




Mental da ready, kawan2 da bg support, pengucapan awam?? emm, boleh la.. flyers da siap, manifesto dah dipersetujui.. last2 masa hari penamaan calon, dapat tahu... saya menang tnpa bertanding.. sebab fakulti saya hantar calon ckup2 tiga org... rasa syukur sgt2 sbb Allah permudahkan saya. Actually, time tu sy x berapa sihat.. mcm2 sakit dtg.. demam, ulcer merata-rata kat mulut, sakit tekak, suara hilang... hebat betul kasih syg Allah kt sy... Alhamdulillah.. Terima kasih, Ya Allah...

Bile da menang, x payah la susah2 nak berkempen, nak gantung poster bagai...
Apa yg penting, sy kene tolong kawan2 sy yg belum menang lg.. tolong gantung poster diorang, ikut berkempen, rapat umum... sangat best, walaupun terpaksa jadikan waktu malam sbgai waktu siang kitorang dan waktu siang bukan waktu malam... sebab bnyak sangat kerja!!

Ape2 pun... ni lah pengalaman yg paling berharga spnjang sy berada kat UTM..
Hope, sy dpt jalankan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya dan dapat bahagikan masa sy dengan sebetul-betulnya.. Walaupun, ade suara2 sumbang yg ckp mcm ni,

"Habislah dayah, menangislah ko lepas ni sbb jd MPP ni sibuk sgt"

Rase cuak pun ade jugak.. Tapi, sy akan cuba yg terbaik.. Niatkan semuanya kerana Allah, insyaAllah ianya akan menjadi ibadah dan Allah akan permudahkan segalanya..

kata2 yg kat atas tu, sy reply dalam hati, 

"ORANG LAIN BOLEH BUAT KENAPA SAYA X BOLEH???"

sekian!

Friday 10 August 2012

PALESTIN,.. FIGHTING!!!

Anda datang dari Malaysia?

Ya, saya dari Malaysia.

Malaysia Negara Islam?

Ya, Malaysia Negara Islam.

Mengapa kamu datang ke sini?

Saya datang untuk melihat keadaan di sini dan untuk beritahu keadaan di sini kepada orang Malaysia agar kami dapat membantu kalian.

Kalau kamu hanya datang nak tengok kami di sini, lebih baik kamu pulang sahaja ke Malaysia. Tiada gunanya kamu datang ke sini untuk itu. Sudah berapa ramai orang datang sahaja ke sini, ambil gambar dan akhirnya pulang tanpa memberi apa-apa sumbangan kepada kami. Kami umpama muzium untuk kamu semua datang, ambil gambar dan bawa pulang ke tempat kamu. Lebih baik kamu pulang ke Malaysia dan beritahu kepada kerajaan kamu agar datang ke sini dengan bala tentera yang kamu ada dan tembak terus kami semua rakyat Palestin yang ada di bumi anbiya’ ini agar terus syahid dan tak perlu lagi kamu bersusah payah untuk cerita dan peningkan kepala memikirkan hal kami di sini.

(Perbualan antara seorang rkyat Malaysia dan pemuda Palestin)

T_T


Tengah2 bulan puasa ni, semua orang sibuk beribadah, nak tambahkan amal, berusaha cari malam lailatul qadar, buat persiapan raya, beli macam2 untuk raya... seronok!
Dalam keseronokan tu tetibe teringat saudara kita kat Palestin. Tetibe rasa hiba sangat.. :'(
terpikir-pikir..

"Macam mana keadaan mereka kat sane??"

"Apa yg mereka makan untuk berbuka dan sahur??"

"Tentera2 Yahudi ganggu mereka beribadah x??"

"Macam mana persiapan raya mereka??"

(T_T)

so, ape peranan saya, awak, awak, dan awak??
tumpang sedih je ke??
"emm, saya nak bantu tp sy x mampu nak bantu mereka.."
Kat sini sy nak buat correction sikit, kalau nak bantu mereka bukan lah dgn cara menderma je.. ikut kemampuan kita.. x kesah la bentuk bantuan ape pun.. asalkan kite ikhlas nak membantu..

cuba hayati kisah ni, kisah bagaimana Nabi Ibrahim a.s. dibakar oleh Raja Namrud dengan api besar. Melihat api besar itu, seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yg kecil lalu dititiskannya ke atas nyalaan api besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yg lebih besar.

"Apa gunanya air yg setitis itu?" Burung besar menyindir.
"Untuk memadamkan api yg membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim," jawab burung kecil.
"Ha..ha.. usaha yg sia2! Adakah api yg sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?" ejek burung besar lagi

Nak tahu x apa jawapan burung kecil tu??

"Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu.."

secara ringkasnya, kite kena la bertindak macam burung kecil tu utk hentikan kekejaman Yahudi.. siramlah walau "setitis air" untuk "memadamkan" keganasannya. At least, "setitis air" tu boleh jadi bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib mereka bila kita berhadapan dgn Allah nnti :D


lagi satu, ramai org ckp salah satu cara nak bantu rakyat Palestin dengan memboikot barangan Yahudi.
Kalau nak senaraikan barang Yahudi kat negara ni smpai esok pun x habis.. sebab banyak sangat!
Pada saya, memang susah kalau kita nak boikot barangan Yahudi. Sebab ekonomi dunia sekarang Yahudi yg pegang. Kebanyakan barang yg kita guna seharian dan syarikat2 yg maju semua daripada Yahudi

Sebenarnya kn, ramai yg terlepas pandang.. "produk" Yahudi yg memang perlu diboikot adalah budaya HEDONISME (hiburan yg melampau). Hampir semua budaya hedonisme kat negara kita ni ditaja oleh Yahudi. Ramai yg x sedar, hedonisme ni sebenarnye lebih dahsyat daripada sebotol minuman dan sepotong ayam goreng (eg : coca cola dan mcd) . Contohnya, filem, lagu, fesyen, muzik yg bertentangan dengan syariat sangat dekat dengan kehidupan umat Islam sekarang. Sedar x sedar, kita lah sebenarnya pengguna terbesar produk hedonisme Yahudi.. T_T

Sebenarnya, kita dengan Palestin sma2 di jajah oleh Yahudi. Tapi, bezanya, Palestin dijajah secara fizikal tapi kita dijajah secara mental. Sebab tu ramai yg x sedar. Tapi kn, Palestin berjuang habis-habisan nak tegakkan Islam smpai ada yg gugur syahid.. Tapi kita??? Hanyut smpai lupa apa tanggungjawab kita pada islam.. Allahurabbi :'(
*muhasabah
Pada saya x guna kalau kita sibuk duk boikot barangan2 Yahudi tapi fikiran masih dijajah dengan ideologi mereka yang akan menjatuhkan diri kita sendiri.. Fikirkanlah!
Yahudi bukan je meraih keuntungan komersial tapi lagi parah, mereka berjaya meruntuhkan semangat jihad remaja Islam menerusi produk2 hedonisme itu.. *geram,, grrr!!!

Hidup ikut syariat Islam, jadi wanita dan lelaki acuan Al-Quran, jaga akidah, jaga akhlak, hidup cara Islam.. Itulah kaedah terbaik melawan Yahudi.






Ayah, kata mereka kau penjahat!
Padahal sebenarnya engkau bukan pejahat!
Ayah!!….mengapa ,merela jauhkan aku darimu,
Mereka menangkapmu tanpa memberi kesempatan untuk menciumku walaupun sekali,
Atau mengusap air mata ibu,
Ibu!!!!.... aku melihat air mata dikelopak matamu setiap pagi,
Apakah Palestin tidak berhak diberi pengorbanan?
Setiap hari aku bertanya kepada matahari
Ibu, apakah ayah akan kembali suatu hati
Atau dia akan pergi selamanya sampai hari kiamat
Atau dia akan mengusap air mata ibu yang akan terus menitis setiap hari..??
Wahai ayah, di manakah engkau?

Oooohh, bayi-bayi yang dijajah,
Kini telah datang hari raya baru setelah hari raya tahun lalu,
Dan bayi baru pun terlahir sesudah bayi yang itu,
Dan para syuhada berguguran setelah gugurnya Syahid yang lalu,
Sedang ayah masih disembunyikan di sebalik jeriji besi,
Dalam sel mengerikan yang tidak layak dihuni oleh manusia,
Mana hari kemenangan dan kehancuran penjara-penjara besi itu…???
Malulah kalian….
Malulah kalian…..
Malulah kalian…
Aku ingin ayah pulang,
Aku ingin ayah pulang..

(luahan seorang kanak2 perempuan palestin)

“YA Allah!,,perkuatkanlah saudara2 kami yg sedang dipatah- patahkan tulang-temulang mereka, kasihanilah saudara2 kami yg lemah ditindas dan bantulah hamba2mu yg beriman. Ya Allah, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung2 ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepadaMu Ya Allah, turunkanlah bantuanMu kali ini kepada org2 Islam Palestin, hancurkan rejim zionis sedahsyat-dahsyatnya... Amin!!"

p/s : ingat ye.. jangan disebabkan kita berada di 'comfort zone' rakyat palestin kita abaikan. Ramai yg x sedar, kebanyakan mereka lah yg akan menghuni syurga, bukan kita. Jadi, jom kita ambil peduli... =D

PALESTIN,, FIGHTING!!!


Saturday 4 August 2012

KAHWIN... SUDAH BERSEDIA???

Bismillah

Huh, neves smpai menggigil jari nak tekan keyboard ni. Kali ni topik yg agak sensitip..hehe..
Sebenarnya, ni first time saya nak cakap pasal kahwin, tu yg neves lain macam sebb saya x de pengalaman mendirikan rumahtangga pun tp saya cuba nak share pengetahuan saya pasal ni.. insyaAllah :)

Ape tu kahwin?? hehe..rasenye x payah kot nak terangkan kahwin tu ape, semua orang mesti tahu punyelah!  Kalau kite tengok situasi sekarang, ramai pasangan remaja yang masih muda dah mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah, bagus.. memang saya puji mereka2 tu. Menangis guling2 syaitan tengok diorang.
Kita tengok pun sweeeeett je diorang tu.
Bagus2.. saya sokong kahwin muda! (^^,)V
TAPI...
Sebelum nak kahwin tu kena la muhasabah diri dulu.
Jangan bagi alasan nak kahwin awal sebb nak elak zina je tapi persediaan ZERO!
especially, lelaki.
semua orang tahu kn tanggungjawab lps kahwin sangat berat. Suami kena didik isteri, dosa isteri suami tanggung, suami kena bagi nafkah kat isteri, makan pakai anak2 lagi. Cuba bayangkan kalau persediaan ke arah tu x de?? Macam mana nak dirikan baitul muslim yg sebenar?? Apa suami nak jawab kat akhirat nanti??


Kalau kite tengok gambar yg kat atas tu, dy dah bagi tips da mcm mana nak melangkah ke arah baitul muslim.
Sebelum nak bina baitul muslim, kena la jadi individu muslim dulu.
Muslim bukan hanya pada nama je taw, tapi muslim kat dalam hati. Pastikan 10 muwasafat tarbiyah tu ada pada diri kita barulah cantik! hehe.

Kata Imam Hassan al-Banna, "Mula-mula kita inginkan individu muslim (yang benar2 Islam) pada pemikiran dan akidahnya, pada akhlak dan perasaannya, pada pekerjaan dan urusannya. Maka, inilah yang dimaksudkan dengan pembentukan diri secara individu. Kemudian, kita inginkan rumah tangga Muslim (yang benar2 Islam) pada pemikiran dan akidahnya, pada akhlak dan perasaannya, pada pekerjaan dan urusannya"

Cuba bayangkan apa akan jadi kalau tangga individu muslim tu kite skip. Contohnya,
bila kita nak naik tangga, da lambat ni. Tangga pulak tinggi macam ape. Apa lagi, kita pun langkah la tangga tu smpai double..triple pun ada. bahaya tu! senang sangat nak jatuh..


Sama jugak mcm kes maratib amal ni.
bila kita x de ciri2 individu muslim, ttibe je nak bina baitul muslim.. fuh, tu lagi bahaya!
Diri sendiri kita x didik untuk jadi individu muslim, macam mana kita nak didik anak2 nnti?? agak2 senang x nak 'tersungkur'?? pikir jap!
saya cakap ni bukan untuk lelaki je taw.. perempuan pun sama.. take note!


Ok, let's see muwasafat tarbiyah tu da ada dlm diri kita..da mantap da..insyaAllah
da bleh la nak kawin, keluarga pun da setuju..
TAPI...STUDY macam mana??
ok, yg ni pun satu hal jugak.. salah satu dilema yg dihadapi oleh pelajar u.. keinginan diorang nak kahwin tu membuak-buak. Katanya jeles tgk gmbar kahwin org lain.. sweet2 sumenye..  ni situasi kat u saya la..hehe.. *kadang2 sy la tu orgnya
Jangan tengok pd ke'sweet'an masa akad je.. tp bayangkan tanggungjawab lpas akad tu.. da bersedia ke belum nak pikul. Assignment, exam, report, pastu nk pikir rumahtangga. Tanya kat diri sendiri, ikut fatwa hati.. dah ready ke belum nk hadapi semua tu.. kalau dah betul2 yakin yg kite bleh hadapi semua tu, tunggu ape lagi... kahwin je la..hehe..


ape2 pun depends kat tiap2 individu.. kalau rase kahwin tu macam bleh jejaskan pelajaran, tangguh dulu..
Ada tugas menuntut ilmu yang perlu disambar, ada desakan nafsu yg perlu disabar..
 fokus dulu dlm pelajaran, bile da cpai cita2, nak kahwin.. dipersilakan.. hehe
Tapi make sure, sepanjang tempoh perkenalan tu, jaga batas pergaulan, kalau boleh elakkan daripada berjumpa.. tak semestinya org yg kita cintai sekarang akan menjadi pasangan hidup kita.
INGAT!
Hadiahkan cinta suci pada pasangan yg dinikahi dengan Allah sebagai juri bukan nilaian nafsu sendiri


Bile cakap pasal pasangan, semua orang nak pasangan yg soleh/solehah kn..
sebb ape??
sebab kita nak kan yg terbaik untuk keluarga kita.
Tapi.. laaagii bagus kalau kita jadi soleh/solehah dulu sbelum nak cari pasangan yg soleh/solehah.
Jangan hanya mencari tetapi menjadilah.

Banyak lelaki bertanya.... 
masih adakah wanita solehah di zaman ini....?
Banyak wanita bertanya.... 
masih adakah lelaki soleh di era ini....?
Kenapa tidak bertanya... 
sudahkah diri ini berusaha menjadi soleh dan solehah?
Krna jika kita sudah berusaha menjadi soleh dan solehah, 
maka kita akan yakin yg soleh dan solehah itu masih wujud. 
Dan akan menjadi masih banyak lelaki soleh dan wanita 
solehah jika setiap dari kita terhitung menjadi salah satunya..

Firman Allah :

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” 
(an-Nur : 26)

“Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, 
tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji 
Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik 
bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi 
di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”

MARRIAGE IS NOT ABOUT LOVE, IT'S ABOUT MAKING UMMAH

pssst : kepada sesiapa yg da betul2 sedia nak kahwin tp calon pulak x de..jgn risau.. jodoh itu ada. Kalau bukan sekarang, mungkin tahun depan. Kalau bukan tahun depan, mungkin 5 tahun lg. Kalau bukan 5 tahun lg, mungkin 20 tahun lg. Jika bukan di dunia, mungkin di syurga. Tiada apa perlu dirisaukan..

sekian!

Sunday 22 July 2012

JANGAN PELIK TENGOK DIA

Bismillahirrahmanirrahim

"Jangan pelik tengok dia, jangan berkerut dahi bila tengok dia, jangan berbisik dengan orang sebelah bila tengok dia..!"
Kenapa ya, bila kita nak buat sesuatu, kita mesti takut dengan respons orang lain?? Even benda yang kita nak buat tu benda baik. Dia akui, dulu masa dia baru2 nak berubah, dia takut dengan persepsi orang kat dia. Sampai satu tahap, dia nak buat solat sunat dhuha terpaksa sembunyi-sembunyi, nak mengaji lepas solat subuh terpaksa perlahankan suara, nak pakai stokin pun malu-malu, nak pakai tudung labuh lagi lah tak berani. kenapa ya?? Mungkin dia takut orang lain mengata dia, mungkin dia malu nak tunjuk kat diorang yang dia nak berubah, mungkin dia terlalu berfikir negatif???


Disebabkan dia terlalu ambil peduli kata2 orang, dia terpaksa tangguhkan dulu niat dia untuk ubah penampilan dia. Dia nak cuci hati dulu, refresh rohani dia, increase kn cinta kepada Allah. Senang cerita, dia nak ubah dalaman dulu baru nak ubah luaran. Sementara tu, dia selalu mintak kat Allah supaya Allah bagi dia kekuatan dan mintak Allah tetapkan hati dia. Dia nak istiqamah.. Tibe2 hati dia berbisik, "Kau berubah kerana Allah, kau sedang mencari redha Allah bukan redha manusia". Allahurabbi, lemahnya hambaMu ini *tears (T_T) .. getus hati dia

***

Sedang ligat mata nya merayau di alam maya, hati dia merangsang otaknya dan neuron dalam badan menghantar maklumat daripada otak dan menggerakkan jarinya  untuk membuka satu blog osem ni. Matanya tertangkap dengan satu ayat ni,

“Kita sentiasa perlu berhijrah. Sentiasa. Perbaiki niat sentiasa. Hanya Dia yang tahu tentang kita luar dan dalam. Jadi, jujurlah menjadi diri sendiri. Jujur pada Tuhan..”

Kata-kata itu amat menyentapkan hatinya. Ok, teruskan membaca isi blog itu, matanya berhenti pada satu ayat ini yang seolah-olah tahu masalah yang melanda dia,

"Mulut manusia yang tidak suka atas apa yang kamu buat semasa dalam proses penghijrahan itu, memang tidak dapat dihentikan. Suka duka perjalanan hidup kamu juga selama ini, kamu sendiri yang tanggung. Dan orang lain hanya dapat memberikan rasa simpati. Jadi, mengapa mengalah dengan dugaan itu semua sedangkan kamu ada pilihan untuk terus bertahan?Dan sekurang-kurangnya, dalam proses itu, kamu akan tahu siapa kawan, siapa lawan."

Fuh, diaa merasakan seolah-olah satu semangat baru datang menerjah dalam dirinya. Rasa macam Allah dah bagi kekuatan tu. Kekuatan yang lain macam. "Saya rasa saya dah bersedia!!", bisik hatinya.
Akhirnya, dia berjaya beli tudung yang agak labuh, bile dia nak mencuba tudung tu, tibe2 hatinya sekali lagi berkata-kata, "layak ke kau nak pakai tudung ni??"  Memang x dinafikan, perangai dia dulu agak 'gila-gila'. Ketawa kuat, suka jerit2 dlm kelas, suka usik orang, mulut yang agak pedas bile berkata-kata. "Ish, x layak la"...


Kawan dia pernah cakap kat dia, "Try la dulu pakai tudung labuh, bila kita pakai tudung labuh, automatik kita akan menjaga kelakuan kita. Seboleh-bolehnya kita x nak buat benda yang x sepatutnya kita buat". Ok, dia nak cuba pakai tudung labuh. dia pakai tudung bidang 50 dulu sebab dia nak berubah sikit-sikit. First time pakai, dia nampak orang pandang pelik kat dia. Dia mula rasa x selesa, tapi hati dia cepat2 ingatkan, "kau sedang mencari redha Allah bukan redha manusia" .. Ok, dia ketepikan pandangan diorang, teruskan dengan matlamat dia. Alhamdulillah, Allah masih tetapkan hati dia, sekarang ni dia dah mula pakai tudung yang lebih labuh.. :)

Bila dah bertudung labuh, persepsi orang lain terhadap si pemakai terus berubah. Setiap gerak-geri mereka sentiasa dipandang sehinggakan kesalahan sekecil zarah yang yang mereka lakukan dilihat seperti setinggi gunung. Tetapi, dengan pandangan inilah membuatkan si pemakai terdorong untuk menjaga perilaku mereka dan menjaga akhlak mereka.

"Jangan kau sangka labuh tudungku tanda alimnya diriku. Aku juga seperti dirimu sedang mencari-cari cahaya untuk menerangi sepanjang perjalananku. Kerana tudungku ini bukan sekadar menutupi tetapi melindungi jua mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri kerana akhlak itu bunga diri"


Firman Allah : 

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "

(Surah Al-Ahzab : ayat 59)

Jangan pelik tengok dia bila dia pakai tudung labuh,
jangan pelik tengok dia bila dia pakai baju dan seluar longgar
jangan pelik tengok dia kalau dia buat solat-solat sunat
jangan pelik tengok dia bila dia pakai stokin dan handsock
jangan pelik tengok dia... tapi doakan la dia supaya istiqamah :)

"Every pious has a past and every sinner has a future"


pesanan penaja :

Saya nak tegur sikit bleh x??
Ramai yang cakap, "Ala, dia pakai tudung x semestinya dia baik".. cube fikir2 kan sekejap. patut ke kita cakap macam tu?? Cuba bayangkan kalau ada seseorang yang freehair nak berubah pakai tudung and then dia terdengar/terbaca statement tu, mesti dia rasa teragak2 nak pakai tudung. Dalam hal ni, pada pendapat saya, perangai si pemakai belakang kira, yang penting dia dah memenuhi salah satu perintah Allah iaitu menutup aurat. Menutup aurat tu wajib, buat dapat pahala, x buat dapat dosa.. senang je konsepnye.. Fikir-fikirkanlah... kita x layak menilai orang lain kerana kita tidak sesempurna mana...

sekian!

Wednesday 18 July 2012

SAYA SAYANG AWAK

ASSALAMUALAIKUM


"Tidak ada satu pun yang paling berharga yang dimiliki oleh seorang insan selepas nikmat Islam selain teman yang soleh. Apabila kamu dapati kewujudan kasih sayang padanya, maka peganglah ia dengan sungguh-sungguh"

kawan,
saya sayang kat awak,
tapi saya malu nak tunjuk,
malu nak luahkan. >_<

Nak tahu x??
saya sayang sangat kat awak sampai satu tahap bila awak buat silap,
saya takut nak tegur
sebab saya takut nanti hati awak terguris
saya takut awak marah
Jadi saya hanya mampu berdiam diri
supaya hubungan kita kekal rapat

Tapi awak,
saya dah tak sanggup nak berdiam saja
saya x mahu awak menyesal di kemudian hari
sebab saya sayang kat awak.
saya masih tak kuat lagi nak menegur awak
tapi saya tetap nak bantu awak
jadi,
saya hanya mampu mengadu kepada Allah
supaya Dia buka kan dan lembutkan hati awak

kawan,
memang kita masih muda,
tapi adakah ajal itu menunggu kita tua??
mari kita perbaiki diri kita
sementara masa masih menunggu kita
sementara Allah beri peluang ini.

kawan,
saya nak bersahabat dengan awak sampai ke syurga
tapi adakah syurga itu milik kita??
oleh itu,
mari kita persiapkan mental dan fizikal kita
supaya kita boleh berlari ke syurga :)

Yang menyayangimu,
Nurul Hidayah.


"Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah orang yang paling bertaqwa. Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji. Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna.

Hakikatnya, dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya jua. Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga. Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang api neraka. 

Kawanmu itu bukanlah MALAIKAT. Dia juga MANUSIA. Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama . . . "

"Orang berjuang sering menangis lemah di sisi Allah tapi Allah kuatkan dia di sisi manusia. Berjuanglah kerana Allah dan berbahagialah hati walaupun payah kerana itulah jalan ke jannah."

Saya sayang awak,
awak juga sayang saya,
Biar doa kita bersatu,
biar kasih kita beradu,
biar ukhwah kita berpadu,
insyaAllah di syurga kita bertemu..

sekian!

Monday 16 July 2012

BULATAN GEMBIRA SAYA (^^,)V

ASSALAMUALAIKUM

USRAH???

Maksud dari segi bahasa : kaum, saudara mara, kaum kerabat, famili
maksud dari segi istilah : kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam dan berusaha dan tolong menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam.

-sumber-


Masa study kat matrik, saya x tahu pun usrah tu benda alah ape.. pernah satu hari tu, sementara nak tunggu next class, saya pun duduklah kat dalam surau. lepas tu saya nampak ada sekumpulan muslimah dalam 5-6 orang masuk dalam surau and then diorang bersalaman and peluk cium. saya tengok je diorang time tu.. dalam hati tertanya2, "kenapa diorang nak peluk cium bagai?? padahal satu matrik je.. matrik ni pun x de la besar sangat.. hari2 bleh jumpe".. lepas peluk cium, buat bulatan.. lagi la saya x paham.. "apa yang diorang buat ni sebenarnya???".. tertanya2, tapi bertanya dalam hati. malu nak tanya diorang.. "x pe..suatu hari aku akan tahu jawapannya"

Mule2 masuk UTM, kitorang yg junior2 ni kena melalui orientasi. haa, time orientasi ni la naqib n naqibah mencari anak-anak buah diorang. Satu hari tu, kawan saya ada dapat satu sms daripada unknown number dan dia cakap dia nak jumpa. kawan saya pelik, dan dalam pelik2 tu, kawan saya pun jumpe jugak pemilik unknown number tu. Lepas jumpe, dia cerita kat saya. Dia cakap pemilik unknown number tu comel je and pakai tudung labuh nama dia Sayyidah Nafisah. Rupanya, kak nafisah ajak kawan saya berusrah. Apa lagi, kawan saya pun cerita la ape tu usrah. macam2 dia cerita. Lepas dengar cerita dia, hati saya tergerak nak join usrah tu jugak. Walaupun x diajak join, saya peduli apa... nak join jugak!

Pertama kali pegi usrah, rase blur gile sebb x tau 'format' dy camane. Bile kak nafisah (naqibah) dtg je, kawan2 sy sume salam dy n peluk cium dy. saya tengok diorang macam dah lama kenal padahal baru sekali je jumpe. sampai kat giliran saya nk salam dia, sy expect just salam je sbb baru 1st time jumpe n x biasa, lepas salam, terkejut sebb kak nafisah dah tadah pipi dia. saya pun peluk cium dia. Lepas tu hati saya berkata-kata, "hebatnya rase bile kite berukhwah kerana Allah, rase macam semua orang ikhlas"
Lepas salam, peluk cium semua, kitorang buat bulatan. haa, time ni baru sy dpat jawapan untuk persoalan sy dulu. dalam bulatan, kak nafisah share pasal hal2 yg berkaitan dengan agama. rasa best gile sebb best la!!!
Sebb tu la ramai yang panggil usrah ni 'bulatan gembira'.. :)

usrah sambil berkelah di tasik UTM.. wat sushi n sandwich... osem!!

berjalan sama2 ke balai cerap.. tp x dpt naik pun^^

Usrah melibatkan keterikatan hati bersama ahli, bukan sekadar main2. Masing2 mempunyai matlamat yang sama iaitu bahagia di dunia dan di akhirat. Inilah sahabat menangis dan ketawa

"Usrah ibarat seseorang yg sedang mencangkul tanah,
mereka nampak pada zahirnya,
namun mereka tidak tahu kite sedang membina batas
Begitu juga usrah,
mereka nampak kita berhimpun, berbincang
tetapi mereka tidak tahu
sebenarnya kita sedang membina semula Islam dalam hati kita"

Nak tahu x?? disebabkan usrah lah kami jadi rapat. Bukan setakat berkongsi ilmu tapi kami kongsi suka dan duka.. Bile dah rapat, terpaksa berpisah pulak. Actually, kak nafisah dah abis belajar. Sem depan kitorang dah x leh nak berusrah dengan dia lagi. Tempoh setahun dia jadi naqibah kitorang rasa macam sekejap sgt.
sedihnya.. T_T
Rindu nak beriftar sama2, nak solat jemaah sama2, nak sembang2, ketawa sama2.. rindu sgt time tu...

Kak nafisah yang tengah potong kek... sori kak., kite curi gambar ni kt fb..hihi  >_<

Harap kak nafisah baca ni.. walaupun bukan nukilan kite, tapi kata2 ni sama dgn kata hati kite..

keberadaan aku di sini
menoreh lembaran2 ilmu
jauh dari keluargaku
ia benar2 mengajarku hidup berdikari
keseorangan, sepi, sunyi, sendiri
namun adakalanya aku khilaf
dlm prcaturan membuat keputusan
adakalnya kabur pandanganku ats segala nikmat yg diberikan kpdku
adakalanya aku hanyut dalam arus nikmat duniawi.
Saat mulai diri ini mencari sinar
ada secebis cahaya yang menerangi laluanku
dialah sahabat pengemudianku dlm sbuah prjalanan di perbukitan ilmu ini
di saat aku tersungkur di lembah kegelapan
setianya dia di sisi menyapa keinsafan dlm diri
membawa aku kembali kpd fitrahku sbgai seorang hamba
mulai membimbingku ke jln yg lurus
mengetuk pintu hatiku utk trus patuh pada pencipta yang satu
Kau anugerahkan kpdku seorg insan yang mendamaikan hati
Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakanku insan
yg sntiasa menunjukkan jln mendekatiMu
saat diri ini dlm buntu
melaluimu ku kenal erti sebuah pertemuan
ku tahu indahnya ukhwah ini
dan ku rasa pedihnya saat perpisahan

Akhir kata, semoga akak selalu sukses. Halalkan segala ilmu yang akak da bagi kat kite semua. semoga akak bahagia selalu dan semoga redha Allah sentiasa mengiringi kite semua... maaf akak, sebab x sempat nak jumpe akak sebelum akak berangkat ke India... sori sgt2.. insyaAllah, kita akan jumpa lagi.. sayang akak!

sekian!

Wednesday 20 June 2012

MARI GAPAI CINTA ITU.. 1,2,3 MULA...

ASSALAMUALAIKUM...

hari tu tgah2 study ttbe terdengar lagu ni...
Actually, saya da lama dengar lagu ni, ntah kenapa ttbe ari tu nk menghayati betul2 lirik dy..
lepas je menghayati,... ok, saya sudah jatuh cinta dengan lagu ni..
lirik dy sumpah best! osem! gojes! sume la ada..
cube dengar ni...



"Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna"


"Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa"


-sebahagian lirik dalam lagu ni yg sangat buat sy terfikir-

Lepas je dengar lagu ni, ttibe termenung.. buku yg saya baca tadi, saya tutup jap.
ttibe bermonolog dalaman :

"Selama ni, betul2 ke aku cinta kat Allah (T_T)?"

Ape la nak jadi... teruk betul saya ni kn..
memang... cube tanya kat sume orang, "awak, awak cinta x kat Allah??" confirm.!! sume jawab ya!
kalau 10 orang kite tanye, sepuluh2 jawab ye..
Mulut memang senang nak buktikan yg kite cinta kat Allah. tapi cube buktikan dengan tingkah laku..
cube tengok tingkah laku kite sekarang... agak2 boleh x buktikan yg kite betul2 cinta kat Allah??
ok, jawab dalam hati^^

sehari bape page Al-Quran kite bace??

solat betul2 khusyuk x??

lidah kite ni basah x dengan kalam Allah??

solat sunat kite buat x??

ape2 yg kite buat seharian niat x kerana Allah??

kalau x buat sume tu.. ni soalan yg paling penting..

solat fardhu, puasa n kebaikan yg kite buat betul ke ikhlas??
betul ke kite buat tu sume kerana Allah??

atau

kite nak pahala je??

ok, soalan ni pun jawab dalam hati^^
bergantung pada setiap individu.

Bile tengok balik tingkah laku, memang susah nak buktikan yg kite betul2 cinta kat Allah.. Tapi, percayalah, rasa cinta tu kite yg kena terbitkan sendiri kat dalam diri kite. ade yg kata susah.. ya, memang susah..
susah kalau kite luangkan masa dengan Allah time solat fardhu je..

jom mengira..
cube kite anggarkan satu waktu solat fardhu kite buat dalam 10 minit.. satu hari ada 5 waktu..
5x10 = 50
50 minit...
satu hari Allah bagi 24 jam, tapi x sampai satu jam pun kite ingat kat Allah..
tu pun kalau solat kite khusyuk..
sebb tu la ada yg kata susah nk pupuk 'cinta' tu kat dalam diri, sebb masa yg kite peruntukkan untuk ingat Dia cuma sekejap je..

Sabda Rasulullah S.A.W :

"Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih di sisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal leher kamu?" Para Sahabat menjawab, "Khabarkan kepada kami." Rasulullah S.A.W. pun bersabda, "Zikir (ingat) kepada Allah". 

(HR Hadis At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

apa kata, lepas ni kite korbankan sikit masa facebooking, masa berhibur, masa tidur..lepas tu kite luangkan masa yg kite da korbankan tadi tu utk 'date' dengan Allah..buat la ape2.. solat sunat ke, mengaji ke, berzikir ke..insyaAllah rasa cinta tu senang je kite nak dapat..
lagi satu, nak ingatkan balik.. Allah sayang sangat kat hamba-hambaNya. Walaupun kite da buat banyak dosa, dia tetap biarkan jantung kite berdegup, kaki utk berjalan, mata untuk melihat n macam2 lagi la.. tapi kite anggap benda ni remeh je.. nmpak x besarnya cinta Allah kat kite.. Tapi macam mana kite balas cinta Allah tu..?? Kenapa kite masih mengejar cinta yg belum pasti sedangkan cinta yang agung dekat je dgn kita..


: : JOM CINTA ALLAH : :
: : JOM INGAT ALLAH SELALU : :
: : JOM BALAS CINTA ALLAH : :
: : JOM MASUK SYURGA : :


Firman Allah :

"Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." 

(Surah ar-Ra'd, ayat 28)

Allah,
Leraikan dunia yg mendiam di dalam hatiku,
kerana di situ tidak mampu ku mengumpul dua cinta
hanya cinta Mu yg ku harap tumbuh dan sentiasa mekar dalam hatiku...

dengan lafaz bismillah,
saya nak berubah.. tapi saya x nk berubah sorang2...
jadi,
Mari kite sama-sama BERUBAH dan MENGUBAH.. :)

p/s :


Biar sendiri hingga hujung nyawa, asalkan x sepi dari kasihNya...

Sunday 3 June 2012

MENGEMIS KEKUATAN HATI


Pesanan naqibah utk sy :


Jangan berhenti dari berlari,
walau kau temui onak dan duri,
walau dibakar terik mentari,
walau hujan menemani hari,
kerana Dia maha pemberi,
esok kan bertemu lagi pagi yg berseri.


-terima kasih kak nafisah :)-










:'(

  

assalamualaikum...

Thursday 10 May 2012

TIDAK MAHU KAMU SEDIH

ASSALAMUALAIKUM..

(Coretan utk sahabat2 yg telah kecundang dgn cinta dunia)



Apa itu cinta??
Mungkin berbeza maknanya bagi setiap orang
Ada yang berkata, "cinta itu fitrah"
Ya, ia memang fitrah bg setiap manusia
Tapi bagaimana kita menggunakan fitrah itu??
Tanya pada diri sendiri..

Saudari,
perempuan sangat mahal
jika perempuan itu mahal,
seluruh anggotanya juga mahal
termasuklah hatinya.
ya, hati kita mahal..
jadi, logik kah jika kite memberikan
hati kita yg mahal ini kpada cinta yg murah??
Apa itu cinta yang murah??
cinta yang belum halal untuk kita
cinta yang senang untuk kita dapati
itulah cinta yg murah..

Ukhtiku,
Hati kita cuma ada satu 
Di mana kita nk letakkn cinta Allah dalam hati kita
jika kita sibuk mengejar cinta yang murah itu??
ketahuilah ukhtiku,
Allah adalah Pencinta yang terbaik
Dia tidak akan sekali-kali menghampakan kita.
Jadi, serahkanlah hatimu yang mahal itu,
kepada cinta yg mahal juga iaitu cinta Allah SWT

Saudari,
saya x mahu saudari terus bersedih,
bangunlah..sedarlah..fikirlah
kecundangnya cinta kamu ini
kerana Allah ingin merebut cinta kamu daripada si dia
Jadi, bersyukurlah kerana Allah sayangkan kamu
Allah inginkan cintamu
Jadi, cari lah cinta Allah..
Allah tidak akan mengecewakan kamu..



p/s : Berhentilah mengejar cinta yg belum pasti, tapi gapailah cinta illahi..pasti di situ ada ketenangan yang abadi :)

CINTA SEBELUM KAHWIN

ASSALAMUALAIKUM...

(Entry ini ditujukan khas untuk diri saya sendiri dan sahabat2 semua..)


BAHAYA CINTA SEBELUM KAHWIN

# Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu
# Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripada-Nya
# Hati akan terseksa dengan barah rindu
# Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan
# Cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat
# Aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta
# Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.
# Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku
# Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.

TIPS MENEPIS CINTA REMAJA

# Tegas dengan prinsip diri
# Meletakkan misi yang jelas dalam hidup
# Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh
# Mengekang hawa nafsu
# Mendekati majlis ilmu
# Menyibukkan diri dengan hobi dan minat yang berfaedah
# Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan.

Dipetik dari :


Sabda Rasulullah SAW,

"Wahai Ali, ada tiga perkara yang perlu disegerakan. Yang pertama, solat apabila telah masuk waktunya. Yang kedua, jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga anak dara apabila ada orang yang sekufu dengannya."

...

Saya nk tunjukkan satu filem pendek kat anda2 semua.. Hayati.. 
meleleh jugak la air mata mase tengok cerita ni .. hehe...

           

Ambil pengajaran dan muhasabah diri kite.. 
jadikan Allah dan Rasul sbagai cinta yg teratas dalam hati kita.
Tak perlu nk berharap pada manusia kerana kite pasti akan kecewa, tapi berharaplah pada Allah kerana Allah akan menitipkan kebahagiaan yg berpanjangan buat kite...


p/s : Awas! jangat mengorat.. kalau mahu, dapatkan segera dengan cara yang terhormat..
       -ust. Fatimah Syarha-