Sunday 22 July 2012

JANGAN PELIK TENGOK DIA

Bismillahirrahmanirrahim

"Jangan pelik tengok dia, jangan berkerut dahi bila tengok dia, jangan berbisik dengan orang sebelah bila tengok dia..!"
Kenapa ya, bila kita nak buat sesuatu, kita mesti takut dengan respons orang lain?? Even benda yang kita nak buat tu benda baik. Dia akui, dulu masa dia baru2 nak berubah, dia takut dengan persepsi orang kat dia. Sampai satu tahap, dia nak buat solat sunat dhuha terpaksa sembunyi-sembunyi, nak mengaji lepas solat subuh terpaksa perlahankan suara, nak pakai stokin pun malu-malu, nak pakai tudung labuh lagi lah tak berani. kenapa ya?? Mungkin dia takut orang lain mengata dia, mungkin dia malu nak tunjuk kat diorang yang dia nak berubah, mungkin dia terlalu berfikir negatif???


Disebabkan dia terlalu ambil peduli kata2 orang, dia terpaksa tangguhkan dulu niat dia untuk ubah penampilan dia. Dia nak cuci hati dulu, refresh rohani dia, increase kn cinta kepada Allah. Senang cerita, dia nak ubah dalaman dulu baru nak ubah luaran. Sementara tu, dia selalu mintak kat Allah supaya Allah bagi dia kekuatan dan mintak Allah tetapkan hati dia. Dia nak istiqamah.. Tibe2 hati dia berbisik, "Kau berubah kerana Allah, kau sedang mencari redha Allah bukan redha manusia". Allahurabbi, lemahnya hambaMu ini *tears (T_T) .. getus hati dia

***

Sedang ligat mata nya merayau di alam maya, hati dia merangsang otaknya dan neuron dalam badan menghantar maklumat daripada otak dan menggerakkan jarinya  untuk membuka satu blog osem ni. Matanya tertangkap dengan satu ayat ni,

“Kita sentiasa perlu berhijrah. Sentiasa. Perbaiki niat sentiasa. Hanya Dia yang tahu tentang kita luar dan dalam. Jadi, jujurlah menjadi diri sendiri. Jujur pada Tuhan..”

Kata-kata itu amat menyentapkan hatinya. Ok, teruskan membaca isi blog itu, matanya berhenti pada satu ayat ini yang seolah-olah tahu masalah yang melanda dia,

"Mulut manusia yang tidak suka atas apa yang kamu buat semasa dalam proses penghijrahan itu, memang tidak dapat dihentikan. Suka duka perjalanan hidup kamu juga selama ini, kamu sendiri yang tanggung. Dan orang lain hanya dapat memberikan rasa simpati. Jadi, mengapa mengalah dengan dugaan itu semua sedangkan kamu ada pilihan untuk terus bertahan?Dan sekurang-kurangnya, dalam proses itu, kamu akan tahu siapa kawan, siapa lawan."

Fuh, diaa merasakan seolah-olah satu semangat baru datang menerjah dalam dirinya. Rasa macam Allah dah bagi kekuatan tu. Kekuatan yang lain macam. "Saya rasa saya dah bersedia!!", bisik hatinya.
Akhirnya, dia berjaya beli tudung yang agak labuh, bile dia nak mencuba tudung tu, tibe2 hatinya sekali lagi berkata-kata, "layak ke kau nak pakai tudung ni??"  Memang x dinafikan, perangai dia dulu agak 'gila-gila'. Ketawa kuat, suka jerit2 dlm kelas, suka usik orang, mulut yang agak pedas bile berkata-kata. "Ish, x layak la"...


Kawan dia pernah cakap kat dia, "Try la dulu pakai tudung labuh, bila kita pakai tudung labuh, automatik kita akan menjaga kelakuan kita. Seboleh-bolehnya kita x nak buat benda yang x sepatutnya kita buat". Ok, dia nak cuba pakai tudung labuh. dia pakai tudung bidang 50 dulu sebab dia nak berubah sikit-sikit. First time pakai, dia nampak orang pandang pelik kat dia. Dia mula rasa x selesa, tapi hati dia cepat2 ingatkan, "kau sedang mencari redha Allah bukan redha manusia" .. Ok, dia ketepikan pandangan diorang, teruskan dengan matlamat dia. Alhamdulillah, Allah masih tetapkan hati dia, sekarang ni dia dah mula pakai tudung yang lebih labuh.. :)

Bila dah bertudung labuh, persepsi orang lain terhadap si pemakai terus berubah. Setiap gerak-geri mereka sentiasa dipandang sehinggakan kesalahan sekecil zarah yang yang mereka lakukan dilihat seperti setinggi gunung. Tetapi, dengan pandangan inilah membuatkan si pemakai terdorong untuk menjaga perilaku mereka dan menjaga akhlak mereka.

"Jangan kau sangka labuh tudungku tanda alimnya diriku. Aku juga seperti dirimu sedang mencari-cari cahaya untuk menerangi sepanjang perjalananku. Kerana tudungku ini bukan sekadar menutupi tetapi melindungi jua mengingatkan diri ini menjaga setiap gerak geri kerana akhlak itu bunga diri"


Firman Allah : 

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "

(Surah Al-Ahzab : ayat 59)

Jangan pelik tengok dia bila dia pakai tudung labuh,
jangan pelik tengok dia bila dia pakai baju dan seluar longgar
jangan pelik tengok dia kalau dia buat solat-solat sunat
jangan pelik tengok dia bila dia pakai stokin dan handsock
jangan pelik tengok dia... tapi doakan la dia supaya istiqamah :)

"Every pious has a past and every sinner has a future"


pesanan penaja :

Saya nak tegur sikit bleh x??
Ramai yang cakap, "Ala, dia pakai tudung x semestinya dia baik".. cube fikir2 kan sekejap. patut ke kita cakap macam tu?? Cuba bayangkan kalau ada seseorang yang freehair nak berubah pakai tudung and then dia terdengar/terbaca statement tu, mesti dia rasa teragak2 nak pakai tudung. Dalam hal ni, pada pendapat saya, perangai si pemakai belakang kira, yang penting dia dah memenuhi salah satu perintah Allah iaitu menutup aurat. Menutup aurat tu wajib, buat dapat pahala, x buat dapat dosa.. senang je konsepnye.. Fikir-fikirkanlah... kita x layak menilai orang lain kerana kita tidak sesempurna mana...

sekian!

8 comments:

Ana Najwa Muhit said...

doakan saya turut berubah melabuhkan tudung .

BUKAN SIAPA-SIAPA said...

InsyaAllah, Allah akan permudahkan niat najwa... doa selalu.. :)

liyana said...

nice entry..
hmm...btulkn..sy pn pnh rse cmtu..
tkut dgn pndgn org...
especially bb solat sunat..
bila pikir blik..knp tkutkn..padahal tu bekalan kite utk ke akhiratkn

BUKAN SIAPA-SIAPA said...

"cari redha Allah bukan redha manusia"... tq singgah blog ni ;)

emmeraz said...

JOM LEPAK LIPAT DGN ea

NoorVictory said...

Dulu saya pun segan. Skrg dan biasa, kawan-kawan pun dah sedia maklum. Kita buat amal ikhlas kerana ALLAH, x ada apa yang nak dimalukan. Kalau pasal komen-komen orang tentang tdung labuh tuh, saya pernah buat entri jugak. Kadang-kadang orang memang suka menilai kita. Tapi terpulang kita mahu menerima penilaian mereka atau penilaian ALLAH. ;)

http://noorvictory.blogspot.com/2012/06/siapa-tahu.html

BUKAN SIAPA-SIAPA said...

Walau siapapun kita, kita adalah hamba Allah yang tidak akan pernah lepas dari noda dan dosa. Sebelum mentari terbit di ufuk barat, sebelum pintu taubat Allah tertutup buat kita, sebelum mentari padam di pandangan mata, marilah bersama memperbaiki diri. Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri. Bukan untuk kesenangan duniawi, tapi untuk keberkatan ukhrowi. ;D

*copy paste drpd entry awak... hehe ;)suka kata2 ni...

:: Sarah Zainuddin :: said...

Assalamualaikum, mohon share ye..utk peringatan diri sendiri juga :) terima kasih