Wednesday, 18 July 2012

SAYA SAYANG AWAK

ASSALAMUALAIKUM


"Tidak ada satu pun yang paling berharga yang dimiliki oleh seorang insan selepas nikmat Islam selain teman yang soleh. Apabila kamu dapati kewujudan kasih sayang padanya, maka peganglah ia dengan sungguh-sungguh"

kawan,
saya sayang kat awak,
tapi saya malu nak tunjuk,
malu nak luahkan. >_<

Nak tahu x??
saya sayang sangat kat awak sampai satu tahap bila awak buat silap,
saya takut nak tegur
sebab saya takut nanti hati awak terguris
saya takut awak marah
Jadi saya hanya mampu berdiam diri
supaya hubungan kita kekal rapat

Tapi awak,
saya dah tak sanggup nak berdiam saja
saya x mahu awak menyesal di kemudian hari
sebab saya sayang kat awak.
saya masih tak kuat lagi nak menegur awak
tapi saya tetap nak bantu awak
jadi,
saya hanya mampu mengadu kepada Allah
supaya Dia buka kan dan lembutkan hati awak

kawan,
memang kita masih muda,
tapi adakah ajal itu menunggu kita tua??
mari kita perbaiki diri kita
sementara masa masih menunggu kita
sementara Allah beri peluang ini.

kawan,
saya nak bersahabat dengan awak sampai ke syurga
tapi adakah syurga itu milik kita??
oleh itu,
mari kita persiapkan mental dan fizikal kita
supaya kita boleh berlari ke syurga :)

Yang menyayangimu,
Nurul Hidayah.


"Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah orang yang paling bertaqwa. Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji. Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna.

Hakikatnya, dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya jua. Dia menasihatimu untuk dirinya turut berjaga-jaga. Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang api neraka. 

Kawanmu itu bukanlah MALAIKAT. Dia juga MANUSIA. Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama . . . "

"Orang berjuang sering menangis lemah di sisi Allah tapi Allah kuatkan dia di sisi manusia. Berjuanglah kerana Allah dan berbahagialah hati walaupun payah kerana itulah jalan ke jannah."

Saya sayang awak,
awak juga sayang saya,
Biar doa kita bersatu,
biar kasih kita beradu,
biar ukhwah kita berpadu,
insyaAllah di syurga kita bertemu..

sekian!

2 comments:

NoorVictory said...

Suka quote last dan suka gambar.. Huhuhuhu~ semoga terus kuat!

CAHAYA HIDAYAH said...

syukran :)