Monday 16 July 2012

BULATAN GEMBIRA SAYA (^^,)V

ASSALAMUALAIKUM

USRAH???

Maksud dari segi bahasa : kaum, saudara mara, kaum kerabat, famili
maksud dari segi istilah : kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam dan berusaha dan tolong menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam.

-sumber-


Masa study kat matrik, saya x tahu pun usrah tu benda alah ape.. pernah satu hari tu, sementara nak tunggu next class, saya pun duduklah kat dalam surau. lepas tu saya nampak ada sekumpulan muslimah dalam 5-6 orang masuk dalam surau and then diorang bersalaman and peluk cium. saya tengok je diorang time tu.. dalam hati tertanya2, "kenapa diorang nak peluk cium bagai?? padahal satu matrik je.. matrik ni pun x de la besar sangat.. hari2 bleh jumpe".. lepas peluk cium, buat bulatan.. lagi la saya x paham.. "apa yang diorang buat ni sebenarnya???".. tertanya2, tapi bertanya dalam hati. malu nak tanya diorang.. "x pe..suatu hari aku akan tahu jawapannya"

Mule2 masuk UTM, kitorang yg junior2 ni kena melalui orientasi. haa, time orientasi ni la naqib n naqibah mencari anak-anak buah diorang. Satu hari tu, kawan saya ada dapat satu sms daripada unknown number dan dia cakap dia nak jumpa. kawan saya pelik, dan dalam pelik2 tu, kawan saya pun jumpe jugak pemilik unknown number tu. Lepas jumpe, dia cerita kat saya. Dia cakap pemilik unknown number tu comel je and pakai tudung labuh nama dia Sayyidah Nafisah. Rupanya, kak nafisah ajak kawan saya berusrah. Apa lagi, kawan saya pun cerita la ape tu usrah. macam2 dia cerita. Lepas dengar cerita dia, hati saya tergerak nak join usrah tu jugak. Walaupun x diajak join, saya peduli apa... nak join jugak!

Pertama kali pegi usrah, rase blur gile sebb x tau 'format' dy camane. Bile kak nafisah (naqibah) dtg je, kawan2 sy sume salam dy n peluk cium dy. saya tengok diorang macam dah lama kenal padahal baru sekali je jumpe. sampai kat giliran saya nk salam dia, sy expect just salam je sbb baru 1st time jumpe n x biasa, lepas salam, terkejut sebb kak nafisah dah tadah pipi dia. saya pun peluk cium dia. Lepas tu hati saya berkata-kata, "hebatnya rase bile kite berukhwah kerana Allah, rase macam semua orang ikhlas"
Lepas salam, peluk cium semua, kitorang buat bulatan. haa, time ni baru sy dpat jawapan untuk persoalan sy dulu. dalam bulatan, kak nafisah share pasal hal2 yg berkaitan dengan agama. rasa best gile sebb best la!!!
Sebb tu la ramai yang panggil usrah ni 'bulatan gembira'.. :)

usrah sambil berkelah di tasik UTM.. wat sushi n sandwich... osem!!

berjalan sama2 ke balai cerap.. tp x dpt naik pun^^

Usrah melibatkan keterikatan hati bersama ahli, bukan sekadar main2. Masing2 mempunyai matlamat yang sama iaitu bahagia di dunia dan di akhirat. Inilah sahabat menangis dan ketawa

"Usrah ibarat seseorang yg sedang mencangkul tanah,
mereka nampak pada zahirnya,
namun mereka tidak tahu kite sedang membina batas
Begitu juga usrah,
mereka nampak kita berhimpun, berbincang
tetapi mereka tidak tahu
sebenarnya kita sedang membina semula Islam dalam hati kita"

Nak tahu x?? disebabkan usrah lah kami jadi rapat. Bukan setakat berkongsi ilmu tapi kami kongsi suka dan duka.. Bile dah rapat, terpaksa berpisah pulak. Actually, kak nafisah dah abis belajar. Sem depan kitorang dah x leh nak berusrah dengan dia lagi. Tempoh setahun dia jadi naqibah kitorang rasa macam sekejap sgt.
sedihnya.. T_T
Rindu nak beriftar sama2, nak solat jemaah sama2, nak sembang2, ketawa sama2.. rindu sgt time tu...

Kak nafisah yang tengah potong kek... sori kak., kite curi gambar ni kt fb..hihi  >_<

Harap kak nafisah baca ni.. walaupun bukan nukilan kite, tapi kata2 ni sama dgn kata hati kite..

keberadaan aku di sini
menoreh lembaran2 ilmu
jauh dari keluargaku
ia benar2 mengajarku hidup berdikari
keseorangan, sepi, sunyi, sendiri
namun adakalanya aku khilaf
dlm prcaturan membuat keputusan
adakalnya kabur pandanganku ats segala nikmat yg diberikan kpdku
adakalanya aku hanyut dalam arus nikmat duniawi.
Saat mulai diri ini mencari sinar
ada secebis cahaya yang menerangi laluanku
dialah sahabat pengemudianku dlm sbuah prjalanan di perbukitan ilmu ini
di saat aku tersungkur di lembah kegelapan
setianya dia di sisi menyapa keinsafan dlm diri
membawa aku kembali kpd fitrahku sbgai seorang hamba
mulai membimbingku ke jln yg lurus
mengetuk pintu hatiku utk trus patuh pada pencipta yang satu
Kau anugerahkan kpdku seorg insan yang mendamaikan hati
Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakanku insan
yg sntiasa menunjukkan jln mendekatiMu
saat diri ini dlm buntu
melaluimu ku kenal erti sebuah pertemuan
ku tahu indahnya ukhwah ini
dan ku rasa pedihnya saat perpisahan

Akhir kata, semoga akak selalu sukses. Halalkan segala ilmu yang akak da bagi kat kite semua. semoga akak bahagia selalu dan semoga redha Allah sentiasa mengiringi kite semua... maaf akak, sebab x sempat nak jumpe akak sebelum akak berangkat ke India... sori sgt2.. insyaAllah, kita akan jumpa lagi.. sayang akak!

sekian!

No comments: