Thursday, 10 May 2012

CINTA SEBELUM KAHWIN

ASSALAMUALAIKUM...

(Entry ini ditujukan khas untuk diri saya sendiri dan sahabat2 semua..)


BAHAYA CINTA SEBELUM KAHWIN

# Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu
# Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripada-Nya
# Hati akan terseksa dengan barah rindu
# Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan
# Cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat
# Aku boleh menjadi tak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta
# Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan.
# Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku
# Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.

TIPS MENEPIS CINTA REMAJA

# Tegas dengan prinsip diri
# Meletakkan misi yang jelas dalam hidup
# Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh
# Mengekang hawa nafsu
# Mendekati majlis ilmu
# Menyibukkan diri dengan hobi dan minat yang berfaedah
# Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan.

Dipetik dari :


Sabda Rasulullah SAW,

"Wahai Ali, ada tiga perkara yang perlu disegerakan. Yang pertama, solat apabila telah masuk waktunya. Yang kedua, jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga anak dara apabila ada orang yang sekufu dengannya."

...

Saya nk tunjukkan satu filem pendek kat anda2 semua.. Hayati.. 
meleleh jugak la air mata mase tengok cerita ni .. hehe...

           

Ambil pengajaran dan muhasabah diri kite.. 
jadikan Allah dan Rasul sbagai cinta yg teratas dalam hati kita.
Tak perlu nk berharap pada manusia kerana kite pasti akan kecewa, tapi berharaplah pada Allah kerana Allah akan menitipkan kebahagiaan yg berpanjangan buat kite...


p/s : Awas! jangat mengorat.. kalau mahu, dapatkan segera dengan cara yang terhormat..
       -ust. Fatimah Syarha-

4 comments:

NoorVictory said...

Betul, klo kita sibukkan hati mencari cinta Allah, xkan ada ruang utk benda-benda lagha..=)

Terima kasih atas perkongsian!

CAHAYA HIDAYAH said...

sama2... jom cinta Allah!!... ila mardhotillah ^^

Nur_Ma"Khairatun Hisan" said...

Assalamualaikum..salam ziarah..best entry, teruskan perjuangan..may Allah bless us =)

CAHAYA HIDAYAH said...

wasalam... terima kasih...moga Allah redha ^^