Saturday, 16 March 2013

STRIVE ILA MARDHATILLAH

Assalamualaikum

Alhamdulillah, berjaya mencuri masa utk update blog..yeay!
penat menyapu sawang2 yg dah 'berkeluarga' kat blog ni..
actually, sy sibuk dengan komitmen lain. Banyak sgt benda dalam kepala otak ni..hehe
Ok.. abaikan!

Sebenarnya, td saya terbaca artikel dari akhi Hilal Asyraf.. Subhanallah!
sangat tersentuh, terkesan, terbaik, dan terr,,terrr,,terrr la.. (speechless)
Lepas sy baca, saya fikir, saya patut share benda ni kat kawan, dan yg paling penting sbgai peringatan utk sy sendiri.. sebelum tu nk say sorry sebab lately ni asyik copy tulisan org masuk dlm blog sendiri..
yosh! sy tadak idea dan x sempat nk fikir idea2 itu.. asif :(
Lagipun x salahkan kalau kite nk share tulisan org untuk tujuan dakwah.. InsyaAllah, makin tinggi saham untuk si penulis itu :)

ok, tanak bebel panjang.. cuba kawan2 semua baca artikel ni, hope kite semua dpt muhasabah dan 
koreksi diri kita..


Terbangun pada waktu malam.

Tidak kira apa sebabnya. Tidur awal. Sudah tertidur lama. Atau memang walaupun tertidur lewat, tetapi terjaga. Apakah yang dilakukan?

Bila saya diberi peluang yang sama, saya berfikir panjang.

Dalam pekat malam, saya cuba melihat penghujung kehidupan.

Ya. Apakah penghujung kehidupan yang kita kehendaki?

Saat Segalanya Tiada.

Dalam kepekatan malam itu, kita dalam melihat betapa kita tidak mempunyai apa-apa. Tiada gemerlapan lampu poluariti, tiada harta pada tangan, tiada sanak saudara, yang ada hanyalah kita sendiri di tengah malam. Seorang diri bersama kepekatan gelap.

Mungkin terjaga di tengah kepekatan malam, adalah simulasi diri selepas mati. Saat segalanya tiada. Yang ada hanyalah kita, dan Dia yang memegang nasib kita.

Bezanya, hari ini kala kita terbangkit di tengah kepekatan malam, kita masih boleh bergerak mengikut tindakan sendiri, dan melakukan sesuatu. Boleh merasa insaf lantas bergerak memohon keampunanNya. Merintih akan dosa-dosa kita, lantas memohon kemaafanNya. Boleh mengadu akan kelemahan kita, lantas berusaha memperbaikinya.

Tetapi saat segalanya tiada, selepas ditarik nyawa kita oleh Allah SWT, ketika itu kita pasti akan merasa insaf, menyesal dan rasa bersalah. Namun ketika itu kita tidak akan mampu bergerak memohon keampunanNya. Kerana ketika itu sudah tertutup pintu taubat dan terhenti segala peluang untuk mengutip pahala. Kita pasti akan kembali mengenang segala dosa kita, 
bezanya kita sudah tidak mampu berbuat apa-apa.

Kepekatan malam, dan kita terbangkit di tengahnya, benar-benar buat kita rasa kerdil.

Bagi yang mahu memerhatikannya.

Sama Ada Mengambil Peluang, Atau Terus Tidur Semula.

Bukan kita yang membangkitkan diri kita. Tetapi Allah jualah pemilik tenaga dan kudrat diri kita. Justeru Dialah yang membangkitkan kita. Maka tidakkah kita terasa betapa kala kita ‘terbangun’ di tengah malam, justeru itu adalah ‘panggilan’ kasih sayangNya?

Apakah kita mengambil peluang, mendirikan barang 2 rakaat, ataupun paling kurang bermuhasabah akan diri dan perjalanan hidup kita, atau kita hanya menarik semula selimut dan tidur semula?

Tindakan menggambarkan diri.

Menggambarkan sikap.

Kemudian kita lihat pula pada tindakan kita untuk seluruh kehidupan kita. Kita memilih jalan apa? Apakah achievement kita di dalam Islam?

Sudah berapa ramai orang kita usahakan untuk menarik mereka ke jalan dakwah?

Sudah berapa banyak kemungkaran di atas muka bumi ini yang usaha kita cegah?

Sudah berapa banyak kekuatan untuk Islam telah berjaya kita bina untuk generasi hadapan?

Apa yang telah kita buat selama kita hidup, dan apa yang akan kita buat jika kita terus diberikan peluang untuk hidup?

Kerana jika perasan, kita saban hari dibangunkan dari tidur, setiap pagi. Apakah keputusan kita?

Sama seperti ‘simulasi’ kita ‘dijagakan’ Allah pada tengah malam hari. Apakah keputusan kita?



Penutup: Hidup Adalah Mimpi. Akhirat Kita Terjaga.

Kehidupan ini hanya sementara. Akhirat jualah tempat yang kekal abadi selama-lamanya.

Hidup ini ibarat mimpi sahaja. Dan di akhirat nanti kita terjaga sebenar-benarnya. Baru kita perasan segala tindakan kita ada konsikuensinya. Sikap dan amalan kita semuanya ada balasanNya.

Ketika itu barulah kita mahu menghargai segala momen yang wujud ketika kita berada di dunia. Namun, kita tidak akan kembali.

“Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.” 
(Surah As-Sajdah ayat 12)

“Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), – iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan).” 
(Surah An-Naba’ ayat 40)

Maka mengapa kita tidak kita ambil peluang ini untuk bersama-sama bermusahabah melihat diri kita.?


5 comments:

NoorVictory said...

Assalamualaikum.

Macam dah lama tak jenguk sini. Tadi baru buat entri pasal copy paste tulisan kat blog. Hee. In shaa Allah saham akhirat lagi abadi dari kredit dunia yang cuma sementara. :)

Kadang terbangun takde goal pun untuk strive for mardhatillah. Padahal Tuhan bagi kita hidup untuk tambah pahala. Huhu

Kena ubah mindset bila terjaga dari tidur! :)

Terima kasih atas perkongsian. :)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

It's going to be ending of mine day, but before ending I am reading this enormous post to improve my experience.

Here is my site - Sheikh Zayed Mosque

محمد حذوان بن حميدان said...

semoga dpt meneruskan kehidupan dlm rahmat driNya tanpa putus, ameen

Anonymous said...

KEVIN: Ahh, a fellow Peckerhead across the Atlantic. Do you fellows have meetings? tynauri