Saturday 4 August 2012

KAHWIN... SUDAH BERSEDIA???

Bismillah

Huh, neves smpai menggigil jari nak tekan keyboard ni. Kali ni topik yg agak sensitip..hehe..
Sebenarnya, ni first time saya nak cakap pasal kahwin, tu yg neves lain macam sebb saya x de pengalaman mendirikan rumahtangga pun tp saya cuba nak share pengetahuan saya pasal ni.. insyaAllah :)

Ape tu kahwin?? hehe..rasenye x payah kot nak terangkan kahwin tu ape, semua orang mesti tahu punyelah!  Kalau kite tengok situasi sekarang, ramai pasangan remaja yang masih muda dah mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah, bagus.. memang saya puji mereka2 tu. Menangis guling2 syaitan tengok diorang.
Kita tengok pun sweeeeett je diorang tu.
Bagus2.. saya sokong kahwin muda! (^^,)V
TAPI...
Sebelum nak kahwin tu kena la muhasabah diri dulu.
Jangan bagi alasan nak kahwin awal sebb nak elak zina je tapi persediaan ZERO!
especially, lelaki.
semua orang tahu kn tanggungjawab lps kahwin sangat berat. Suami kena didik isteri, dosa isteri suami tanggung, suami kena bagi nafkah kat isteri, makan pakai anak2 lagi. Cuba bayangkan kalau persediaan ke arah tu x de?? Macam mana nak dirikan baitul muslim yg sebenar?? Apa suami nak jawab kat akhirat nanti??


Kalau kite tengok gambar yg kat atas tu, dy dah bagi tips da mcm mana nak melangkah ke arah baitul muslim.
Sebelum nak bina baitul muslim, kena la jadi individu muslim dulu.
Muslim bukan hanya pada nama je taw, tapi muslim kat dalam hati. Pastikan 10 muwasafat tarbiyah tu ada pada diri kita barulah cantik! hehe.

Kata Imam Hassan al-Banna, "Mula-mula kita inginkan individu muslim (yang benar2 Islam) pada pemikiran dan akidahnya, pada akhlak dan perasaannya, pada pekerjaan dan urusannya. Maka, inilah yang dimaksudkan dengan pembentukan diri secara individu. Kemudian, kita inginkan rumah tangga Muslim (yang benar2 Islam) pada pemikiran dan akidahnya, pada akhlak dan perasaannya, pada pekerjaan dan urusannya"

Cuba bayangkan apa akan jadi kalau tangga individu muslim tu kite skip. Contohnya,
bila kita nak naik tangga, da lambat ni. Tangga pulak tinggi macam ape. Apa lagi, kita pun langkah la tangga tu smpai double..triple pun ada. bahaya tu! senang sangat nak jatuh..


Sama jugak mcm kes maratib amal ni.
bila kita x de ciri2 individu muslim, ttibe je nak bina baitul muslim.. fuh, tu lagi bahaya!
Diri sendiri kita x didik untuk jadi individu muslim, macam mana kita nak didik anak2 nnti?? agak2 senang x nak 'tersungkur'?? pikir jap!
saya cakap ni bukan untuk lelaki je taw.. perempuan pun sama.. take note!


Ok, let's see muwasafat tarbiyah tu da ada dlm diri kita..da mantap da..insyaAllah
da bleh la nak kawin, keluarga pun da setuju..
TAPI...STUDY macam mana??
ok, yg ni pun satu hal jugak.. salah satu dilema yg dihadapi oleh pelajar u.. keinginan diorang nak kahwin tu membuak-buak. Katanya jeles tgk gmbar kahwin org lain.. sweet2 sumenye..  ni situasi kat u saya la..hehe.. *kadang2 sy la tu orgnya
Jangan tengok pd ke'sweet'an masa akad je.. tp bayangkan tanggungjawab lpas akad tu.. da bersedia ke belum nak pikul. Assignment, exam, report, pastu nk pikir rumahtangga. Tanya kat diri sendiri, ikut fatwa hati.. dah ready ke belum nk hadapi semua tu.. kalau dah betul2 yakin yg kite bleh hadapi semua tu, tunggu ape lagi... kahwin je la..hehe..


ape2 pun depends kat tiap2 individu.. kalau rase kahwin tu macam bleh jejaskan pelajaran, tangguh dulu..
Ada tugas menuntut ilmu yang perlu disambar, ada desakan nafsu yg perlu disabar..
 fokus dulu dlm pelajaran, bile da cpai cita2, nak kahwin.. dipersilakan.. hehe
Tapi make sure, sepanjang tempoh perkenalan tu, jaga batas pergaulan, kalau boleh elakkan daripada berjumpa.. tak semestinya org yg kita cintai sekarang akan menjadi pasangan hidup kita.
INGAT!
Hadiahkan cinta suci pada pasangan yg dinikahi dengan Allah sebagai juri bukan nilaian nafsu sendiri


Bile cakap pasal pasangan, semua orang nak pasangan yg soleh/solehah kn..
sebb ape??
sebab kita nak kan yg terbaik untuk keluarga kita.
Tapi.. laaagii bagus kalau kita jadi soleh/solehah dulu sbelum nak cari pasangan yg soleh/solehah.
Jangan hanya mencari tetapi menjadilah.

Banyak lelaki bertanya.... 
masih adakah wanita solehah di zaman ini....?
Banyak wanita bertanya.... 
masih adakah lelaki soleh di era ini....?
Kenapa tidak bertanya... 
sudahkah diri ini berusaha menjadi soleh dan solehah?
Krna jika kita sudah berusaha menjadi soleh dan solehah, 
maka kita akan yakin yg soleh dan solehah itu masih wujud. 
Dan akan menjadi masih banyak lelaki soleh dan wanita 
solehah jika setiap dari kita terhitung menjadi salah satunya..

Firman Allah :

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” 
(an-Nur : 26)

“Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, 
tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji 
Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik 
bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi 
di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”

MARRIAGE IS NOT ABOUT LOVE, IT'S ABOUT MAKING UMMAH

pssst : kepada sesiapa yg da betul2 sedia nak kahwin tp calon pulak x de..jgn risau.. jodoh itu ada. Kalau bukan sekarang, mungkin tahun depan. Kalau bukan tahun depan, mungkin 5 tahun lg. Kalau bukan 5 tahun lg, mungkin 20 tahun lg. Jika bukan di dunia, mungkin di syurga. Tiada apa perlu dirisaukan..

sekian!

2 comments:

Anonymous said...

InsyaAllah dalam setahun dua lagi...

Aesyahumaira said...

Jazakillahu khairan katheer =)

informative and inspring <3